Tuesday, 19 March 2013

Unsecure



Sekarang ni, rasa macam ramai je yang aku kenal dalam laman sosial.  

Facebook, Twitter, Blog

Rasa macam ada je mata-mata ataupun itu hanyalah mainan perasaan aku semata-mata.
Nak update apa apa pun, kena fikir. 
Perasaan orang tak boleh main-main, kalau orang tu terasa.. 
Dan kalau dia tak maafkan kita.
Bukan ke berdosa tu. 

Jadi, hati hati.

Dan aku rasa "unsecure" dan "unsafe".




Wednesday, 13 March 2013

Truth or Dare


Why you always burden yourself for something that is not worth to?
Have you heard this, 

"If something is not worth fighting for, then it is not worth keeping."

I definitely agree with that point~!
Oh yeah!

Truth or Dare.

This is a nice game for you to play. It is very challenging and sometimes you need to think hard when you are about to answer the question. 

Anticipation and Curiosity. 

That's how you feel when you play this game.  Your eyes keep moving to right and left.  Makes your heart to beat faster than usual.  And the only hope that you want is, "Don't Ever Pass Me the Bottle" or "Hopefully, I'm not the chosen one "

Interesting, right?

Blown Your Feelings Away.

Of course, in this game, you would hear something that  you aren't expected to hear.  Thus, be prepared to hear all the harsh words guys. You might need something else in order to blow the great clouds away~

Sincerity

The best thing from this game is everyone would try their best to be sincere and genuine.  Although it is harsh for you, at least your friends try to be sincere. Appreciate that. I tell you, It's hard to tell the truth.

~ Lady doth protest too much ~

It means that when someone denies something too much and too often, they're usually lying. They've done whatever it is they're accused of and trying too hard to cover their tracks. ~





Monday, 11 March 2013

Huda


Last night, I got a phone call from my friend, my precious friend called Huda, Nurul Huda Yaakob.  

12.59 a.m.
Monday.
11 of March 2013.

      Semalam, memang aku dah tekad. Walau macam manapun, aku memang nak habiskan asaimen English Language Camp. Tapi yang group je, yang individu, I let it hold cause I don't want to burden myself as I have to finish up two works in a time.

Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari Huda, gembiranya~


       Kami berbual lama. Sejam. Dari pukul 12.59 a.m sehingga pukul 1.05 a.m.  Dia memang seorang yang amat matang. Walaupun, kami sebaya. Tapi gaya pemikiran dia lagi berintelektual dan matang.  Kadang-kadang kalau aku ada masalah, memang aku akan cari dia. Aku dan Huda kenal dari Plkn. Alhamdulillah, persahabatan itu tidak putus sampai sekarang. Kata dia, persahabatan jarak jauh sebenarnya mengutuhkan lagi persahabatan kami.  Tengok ayat dia. Power kan?


      Aku senang dengan gaya dia. Dia seorang perahsia, tambah tambah kalau melibatkan perasaan dia.  Tapi dia memang nakal. Kalau dia dah dapat modal nak kenakan kau. Habislah kau.. Seingat aku, aku pernah cerita kisah sedih aku kat dia. Muka dia masa tu, kosong. Tak ada reaksi langsung. Macam tak ada perasaan.

 Aku rasa aku je kot yang beria-ia mengalirkan air mata pada ketika itu. *kelakar la pulak.

       Tiba-tiba semalam dia bocorkan rahsia. Malam tu, selepas dia mendengar cerita aku.. dia pun hampir nak menangis, tapi bila melihat aku menangis, dia cuba tahan dan kontrol. Tak mahu lihat aku patah semangat.  Balik dorm malam tu, rupa rupanya.. malam itu dia tidur dengan berendam air mata memikirkan masalah aku. Maaf Huda, aku tak tahu pasal tu. Dan maaf sebab aku tak pernah ambil tahu.


        Cuti yang lalu, kami berkesempatan berjumpa. Dia datang dengan kawan dia. Kata Huda, kawan dia yang tu susah nak bercakap dengan orang yang tak kenal. Tapi bila kawan dia jumpa aku dan menganalisa aku ( cewah ), dia macam dah kenal aku lama dan boleh bergurau.  Baguslah macam tu kan?    ^___^


        Sebenarnya, semalam Huda rasa amat bersalah sebab dia dah melengah-lengahkan masa aku untuk buat kerja. Aku tak kisah pun. Susah nak dapat peluang macam ni. Sebelum mengakhiri perbualan kami, dia bagi satu ayat yang membuatkan aku amat terharu.  


"Yan, aku nak cakap satu benda ni, tapi kau jangan la perasan lak.. "

"Ape dia?"

"Aku anggap kau kawan baik aku."


My world turned blank.
Speechless. 

:::.. I did it. The assignment.
      I managed to finish it by 4 o'clock early in the morning.

:::.. Thanks Huda. I appreciate it. =)




Thursday, 7 March 2013

3.55 a.m


Akhirnya..



Aku berjaya siapkan semua assignments aku.

Tapi aku takut, kualitinya tak seberapa.. Kerja last minute. 

Ini memang kerja paling gila yang pernah aku buat. 

Tak pernah pernah aku buat macam ni.

Menakutkan. 

Untuk sem ni, aku akui, 

Full of surprise and havoc.



Yang berjaya,
Azyan Aman~


Tuesday, 5 March 2013

Serba Salah


Kenapa dia macam tu? Salah aku ke? Sebab aku ke? Hm. Banyak benda yang aku tak faham. Permintaan dia, membuatkan aku jadi serba salah. Tambah-tambah bila ianya melibatkan duit. Why she has to mention "Manis di muka, belakang macam ape je."? Statement ni menakutkan aku. 

Tapi tidak mengapa, untuk perkara tu kita abaikan. Masalah boleh settle~!

***

Tomorrow is the big day for me and friends. Tapi, aku dapat merasakan diri aku tak sihat. Dari pagi sampai ke petang, pening kepala aku tak hilang-hilang. Nak kata demam, tak jugak. Normal je suhu aku. Mungkin perasaan aku. Tapi sampai sekarang pun aku masih pening pening. Aku takut yang aku tak mampu memberikan yang terbaik pada hari esok. Doaku;


"Ya Allah, sihatkanlah tubuhku, sejahterakanlah kedua dua ibu bapaku dan semoga aku tabah menghadapi hari esok."

Amin.



Monday, 4 March 2013

Kenapa?



Cabaran.  Datang dan pergi.  Yang paling sakit ialah bila ia melibatkan kita semua. Sebuah ukhuwah yang dinamakan persahabatan. Kenapa kita saling bertengkah pada perkara yang kecil dan tiada pulangan manfaat pada kita?  Kenapa masih nak mempertahankan hak? Kenapa tiadanya toleransi antara kita? 

There is no point of arguing. All you get is zero. Why you have to brag all the things around? Don't dwell on the past. It causes a lot of pains; to me of course. Until when do you have to act like this? I'm really sick of it and I'm tired enough to play on your games.



Sincereley,
Azyan...




Friday, 1 March 2013

Dah biasa


Sejak aku bersekolah lagi,
Aku tak dipandang,
Aku disuruh,
Aku ditikam dari belakang.

Kadangkala aku diejek,
Menjadi yang terendah dari yang lain,
Dapat markah rendah,
Dimarah tak tentu pasal.

Tapi, aku pekakkan telinga. Bukan kau yang aku nak jaga. Bukan kau yang akan jaga aku nanti. Benda ni semua buat aku jadi dah biasa. Aku dah lali dengan benda ni. Kehidupan adalah satu cabaran.  Take it or leave it.  Tapi satu je, aku tahu Tuhan ada untuk aku. Allah s.w.t. 

Dulu, aku sangka aku dapat,
Tapi sekarang Tak sangka aku dapat.
Padahal dulu, aku memang .. "bawah"
Alhamdulillah.
Aku berjaya. 
Mungkin berkat doa ibu ayah aku. 
Terima kasih  Allah S.W.T.

Tapi kali ni, dugaan datang menduga lagi.
Tapi tak pe, sebab aku dah biasa.
Kerana aku tahu Allah S.W.T ada dengan aku.  Dan aku perlu setia padaNya.