Sunday, 30 June 2013
Subhanallah
Salam,
Mak aku rajin. Rajin sangat. Serius. Sebab aku pun teringin nak jadi macam mak aku. Tapi anggapan orang lain. Dia anggap bila mak kita macam tu, kita pun akan jadi macam tu. Aku baru nak belajar. Tegur aku dengan cara berhemah.. Namun sebaliknya berlaku.
Aku manusia biasa, punya hati dan perasaan.
Ayat ayat yang dituturkan buat aku amat patah hati..
Aku setuju dengan kata kata adikku..
Jika mahu dibanding banding kan,
Orang kena faham.. Beza umur aku dan mak aku.
Jauh.. Mak aku banyak pengalaman.. Adik seramai 12 orang dibawah jagaannya. Mak aku dibesarkan dengan pengalaman yang begitu banyak di sekelilingnya.
Berbeza dengan aku.
Ini kali pertama aku jauh dengan keluarga dan tanpa kawan kawan.
Kau kena faham itu.
Aku manja. Aku suka nangis. Aku masih lagi mentah.
Sedih bila kau berkata itu ini.. Sedangkan satu pun kau tidak tanya mengapa aku berbuat demikian.
Alasan aku kau tepis.
"Jaga nama baik umi tu"
Ayat tu membuat aku berfikir berkali kali. Teruk sangatkah aku ni. Aku nampak di mata kau penuh kemarahan. Kau membuat aku terkedu sebab.. aku tak sangka
Semalaman, aku tidur bertemankan air mata.
Pagi ini pun sama.
Bekerja sambil mataku bengkak. Kebetulan pula aku diberi cuti khas oleh Allah swt.
Aku ingin mengadu padaMu Ya Allah..
Moga Allah swt redho. Dan tabahkanlah hatiku Ya Allah..
Tuesday, 25 June 2013
1, 2, 3 and so on..
Eventually, I have seen a few of my friends. eh no. a lot of them are hoping that 3 month would end soon. Hoping the day would turn white and black promptly. Without any delay. For me, I chuckle when I see their post. But not too long. I will screaming quietly deep in my heart as I also feel the same.
Day by day, I open my phone and click on the calendar, just to see and counting the days left to be here. Being here, I realize that study is always fun although I would be torture by the tests, FINAL EXAM and so on. Because there would have friends beside you. After all, when you are away.. there is no one can help you including your friends. That's horrible. You have to take care of yourself and be independent.
But then, we are lucky. Why? Because technology is at the end of your finger ( em. something wrong about the phrase. hehe ) At least, when you open all of your gadgets, by using wifi, you can always WhatsApp, Chat, Tweet your easily. Ignore the distance. Make it easy, friends. So, although I am far far far away, I feel that they are close to me. =)
Hopefully, the 3 month would end. Soon. Soon.
Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bi’khair.
Ya Allah, make it easy and do not make it difficult. Ya Allah make it end well. Ameen
Sunday, 23 June 2013
Gugur
Hati ini terkilan. Sayu rasanya apabila banyak media massa melontarkan hal hal gugurnya ramai anak anak muda si luar sana.
Dalam hati kecil ini, aku tertanya-tanya, adakah aku juga akan berakhir dengan sedemikian? Subhanallah.. Takutnya Ya Allah.. Nauzubillah min zalik, نعوذ بالله من ذلك.
Semalam Nifsu Syaaban. Aku kesal kerana aku tidak berpuasa pada siang hari. Aku tidak tahu dan aku alpa.. Ya Allah, sedihnya. Mujur ada adik yang mengingatkanku tentang perihal ini. Alhamdulillah, pada malam harinya aku berusaha juga untuk bangun. Tenang rasanya. Hilang segala masalah di dunia ini buat seketika.
Jerebu merupakan salah satu tanda akhir kiamat. Aku baru tahu tentang hal itu. Dan aku terkedu. Rupa rupanya dalam surah ad-dhukan ( if I'm not mistaken ), banyak yang diceritakan tentang asap-asap tebal ini. Subhanallah..
Akhir-akhir ni, ada satu yang membelenggu fikiran. Jika aku tekad, aku harus kuat. Jika aku lemah, apa yang bakal aku buat itu tidak akan terjadi. Sekian.
Oh ya. Ramadhan is loading. Yeay~!!
Tuesday, 18 June 2013
Secebis Ilmu
Salam dihulur dahulu sebelum patah kata disusun,
Assalamualaikum,
Apa khabar?
Tadi singgah baca blog kawan. Jumpa ni. Terus di"kopi" untuk dikongsi bersama :
Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka.
Katakanlah kepada mereka,
“Janganlah kamu rasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,
sebenarnya Allah yang melimpahi nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada
keiamanan, jika kamu orang yang benar.”
(Al Hujurat:17)
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang
salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
(albaqarah:42)
Ayat yang ini yang paling melekat dengan aku. Sebab, ye betul.. Aku banyak menidakkan apa yang benar.. Ya Allah, takutnya.
Contoh :
"Eh, dia tak pakai tutup aurat dengan sempurna tapi dia solat ea."
"Ok la tu. At least dia solat, kalau dia tak solat langsung?? Ha.. Mana la tau, lepas ni Allah bagi hidayah pada dia."
Anda boleh nampak di situ?
***
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai tuhannya,
dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya?
Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah
(membiarkannya sesat).
Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(al-jatsiyah ayat 23)
Akhir kata.
Aku takut....
Dan betulkanlah aku andai aku salah mentafsir makna-makna ayat tersebut. Aku juga insan yang ingin belajar seperti kalian di luar sana.
Dan betulkanlah aku andai aku salah mentafsir makna-makna ayat tersebut. Aku juga insan yang ingin belajar seperti kalian di luar sana.
Sunday, 16 June 2013
Internship
Assalamualaikum,
Sudah lama agaknya tangan ini tidak menari-nari di ruangan blog ini.
Kadang-kadang aku ketandusan idea.
Cari. Cari. Cari. Namun tidak ketemu jua.
Namun kali ini, ingin juga aku berkata sepatah dua kata.
MASMED UiTM, Intekma Resort.
Itu ialah di mana tempat aku sedang berpraktikum sekarang ini. Pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuhi bersama kawan-kawan, Nur dan Nik sebelum Allah s.w.t tetapkan aku di sini. Sesungguhnya percaturan Allah s.w.t itu tiada siapa yang tahu. Lain yang dirancang, lain yang terjadi. Itulah yang berlaku pada diri ini sekarang.
Pada tarikh 10 Jun 2013, aku menjejakkan kaki sebagai pelajar singgahan atau pelajar praktikal di sini. Orang putih cakap, "So far, so good.". Namun, bila aku meneliti semula diri aku ini.. Aku lebih cenderung kepada Bahasa Melayu, dan bukan Bahasa Inggeris. Mungkin dengan menggunakan peluang ini, akan ku selidiki lagi apa yang kurang dan apa yang lebih dalam diri ini.
Sepanjang aku berada di sini. Dalam seminggu lebih, tidak banyak benda yang dilakukan oleh aku. Hinggakan Dr Rohana, mencadangkan aku agar aku menyertai Pertandingan Menulis Satu Malaysia. Kemudian, laporan aku dibetulkan agar aku ada kerja untuk dilakukan. Kelakar rasanya. Sebenarnya, Dr Rohana menunggu seorang lagi pelajar praktikal di mana apabila adanya dia, barulah kami dapat berbincang dan akan ada banyak kerja menyusul.
Namun begitu, dalam manis ada pahitnya. Begitu juga aku. Bila kita tinggal dengan seseorang itu, segalanya akan terbongkar. Buat masa sekarang aku masih lagi bertahan dan semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya dan tabahkanlah hatiku Ya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)