Saturday, 30 June 2012

Pengalaman

Assalamualaikum.. tanggal 30 Jun 2012, pada pukul 9.15pg.. saya and the geng bergerak ke kl..  ha.. sebelum itu, malam tu ada mesej dengan adik, dia nak ikut juga.. jadi apa salahnya.. Jom..

Tujuannya nak ke PWTC.. sebuah karnival keusahawanan dan kerjaya was held there.. jadi, pusing punya pusing, until we get bored and finally, we were extremely hungry.. Jadi, adik saya tunjuk jalan pergi mall depan PWTC tu..  Ok..Alhamdudillah.. Kenyang..

Ha, lagi.. :P. Sebelum itu, kawan saya punya kawan ada juga join.. lelaki.. very friendly..  dia tanya..

"Korang ada nak pergi mana - mana tak lagi?"

"Entah, suka hati r. Ko nak bawa kitaorang p jalan-jalan ok gak."

"hm.. ok.. korang nak pergi shopping ke? window shopping ke? ke nak jalan-jalan? ataupun korang nak pergi kat tempat yang dengar-dengar muzik dan enjoy gitu?"

Kitaorang macam tergamam.. Kawan saya yang sorang lagi terus potong dia cakap..

"tak, tak.. kitaorang tak pergi tempat macam tu.."...  aku.. Gulp.. telan air liur dalam-dalam.. ada ke patut..

Then, adik saya berbual dan tanya dia..

"Selalunya masuk hostel pukul berapa?"

"em, pukul 3 pagi.."

Adik saya macam pelik..

"Asal lak pukul 3 pagi??"

"Dah, habis clubbing pukul 3 pagi.."

Saya dah macam.. haish.. mamat ni.. dasyat nya.. fuhh....
Tetiba terfikir.. ingatkan dalam novel je ada clubbing, (memang la ada orang pergi.. tapi kita kan tak pernah alami benda-benda tu..).. rupa-rupanya, di dunia sebenarnya ada banyak benda yang berlaku... dan banyak yang saya tak tahu tentang dunia ni sebenarnya..

Pastu, dia bawa kami semua pergi Bukit Bintang.. Rupa-rupanya pergi Pavilion. Serius.. saya tak pernah jejakkan kaki saya di sana. Bila sampai je, saya rasa macam terus nak balik.  Takut bila melihat anak - anak muda, melepak sana sini dengan pakaian tak berapa cukup, dan berpusu-pusu ramainya mereka berjalan tanpa menghiraukan lampu isyarat pejalan kaki yang berwarna merah.. (maklumla kain sekarang makin mahal,, lagi koyak, lagi mahal.. itu hipotesis saya, tapi memang betul pun kan.).. Tapi nak buat macam mana, nak jaga hati dia, kami ikutkan saja.  Alih-alih, kami pergi ke Pavilion untuk solat sahaja.. Hhi.. Tapikan serius cantik surau dia.




Bila ingat balik Pavilion, aargghh takutnya.. bukan takut dengan harga barang kalau baju pasar malam rm25, tapi kat sana beribu-ribu.. tapi saya takut dengan perlakuan mereka .. Entahla.. Nak bagi nasihat, diri ini bukanlah baik sangat tapi sekadar sedara seislam.. berubahlah dik.. takut akak nengok.. Tuhan tengok lagi la dik.. akak tak tau nak cakap apa.. (wa.. bahasakan diri akak tu, macam da tua sangat ..hii)

Kami berpisah dengan dia di Low Yat.. jadi, kami pusing di situ sekejap.. dan jalan kaki hingga ke Pudu.. (jimat punya pasal.. ^^_ ) tapi amat penat r..  c0p!! semasa kami nak pergi ke Bukit Bintang tu, kami salah naik train, jadi terpaksa la berpatah balik.  (nak sambung balik ni.. :P ) Jadinya, kami kembali ke PWTC dan  solat di sana dan naik KTM kat sana.

Zoom.. train sampai.. Laju je kami naik tau.

Perhentian pertama.. Batu apa entah..

Perhentian Kedua.. Batu lagi.

Aik??! Macam lain macam je ni.. Adik saya la yang cakap, saya tau naik dan duduk je.. hih

Kawan saya tetiba jerit..

"Eh , kita dah salah train ni. ini train ke Batu Cave, kita kan patutnya Rawang.."

"Patutla rasa pelik, patutnya kita melalui kawasan kekampungan, bukannya ada bandar-bandar ni,," kata adik saya.

Zoom.. laju kita orang turun, iyala.. time tu pukul 8.40malam.. train last ke rawang kul 9 lebih gitu.. kelam kabut kami tau.. Nak naik bas pon.. bas yang terakhir pon pukul 9 gak..  Nasib baikla, kami sempat berpatah balik dan train ke rawang pon sampai beberapa minit ketika setelah kami sampai.. Memang nasib baik dan nasib baik sempat.. Syukur.. Alhamdudillah. :)

Dalam train.. semua tidur.. penat sangat.. kecuali saya dan 2 orang kawan.. seronok beno tengok kawan saya yang dua orang tu snap, amik gambar orang yang tengah tidur tu.. hih.. alhamdudillah.. kami berjaya sampai di tg malim pukul 23;00.. hm..dalam lingkungan tu r.. Nasib baikla, kawan saya offer adik saya bermalam kat sini dan esok dia akan hantar dia ke kkb .. Terima kasih pada semua yang terlibat..  Pengalaman yang tidak sia-sia.. dan best.. ha.. untuk ke Pavilion untuk kali kedua akan mengambil masa yang lama untuk saya berfikir tentangnya.. Cukuplah.. (=_='').. thanks again.. Sekian!



Monday, 25 June 2012

Dah buat ke belum?

"Mulut saya masin tau, even student saya yang dulu pun patah kaki, dah pergi sepak pintu bilik saya kenapa?! Jadi, kalau nak diri awak tu dalam keadaan baik, kena beli buku..  baru A, kalau tak selalunya student saya dapat B+ or C+.. yang beli awal, 25 ringgit, yang lambat 35 ringgit.......".. kata lecturer PKU 1013... Keusahawanan.....

Muka saya dah macam ni dah... (=__+)''..

 'dah kalau yang ada buku encik, amik student dulu punyer.. macam mane?????'

Ku biarkan sahaja persoalan itu bergema di fikiran, duit??..... Kalau la apa yang diperkatakan olehnya betul , macam mane??.. Gulp....

****

"Ok, guys.. I already told you that you are going to hand in all your assignment given to you on week 4 or week 5, right??"

"Yes.............."

"So, I hope that you are already think and draft your V-log, remember to choose the latest poem from f0rm 1 to form 5 and for the newsletter, after this class, you can not change your title anymore, and don't copy paste from the internet!  If not, I will deduct your mark..  ha.. finish your prezi tonight and you have to present tomorrow.. Ok, class dismiss!" said my cute lecturer.. Sir Zahren in "Computer and Writing" class and "Writting in Multimedia" class..

 Aaaa... Plus, in a day, we have to see him twice, since he teach us two subjects.....

***

"Ok.. are you prefer to speak out (hm.. presentation r..) or write a lot in class?"

"Write........."

"Ok, then, since all of you say that....I will look forward to see your writing..."

Tetiba macam teringat sesuatu.. writing???... Mak ai.. Grammar?? Of course... There will be a lot of grammatical errors in my writing~~............... Markah saya........... wa...... malu nak cakap kat orang nanti..

Terbit rasa menyesal di hati kecilku......

"Oiitt... mak jemah!.. dari tadi lagi kau dok garu kepala, pastu dok hantuk kepala kau kat meja.. haih.. banyak kutu ke? Kau kenapa?"

"Tak de la.. aku pening kot.. banyak benda kena buat.. macam mana ni.. v log tu.. apa benda ntah, lagi la aku jakun bab-bab bendalah ni..."

"Aish ko ni.. kira ok pe.. at least tak de la subjek kira-kira.. bersyukurla wei.."

"Aku tau.. tapi macam mana erk?"

"Macam nilah.. kau dah buat belum?"

"Apa?? buat apa?? aku x buat pape la.. macam mana nak buat.. mana la aku reti.. kan dah bagitau tadi... itu pun nak kena ulang ke??"

"Bukanla.. ea,.. mak jemah ni.. Ko ni memang.. sengal.. maksud aku solat. dah buat ke belum??"

Aku .. gulp.. terkedu.. Owh.. itu maksud dia... Hii.. perlahan aku geleng..

"Sorry... aku salah faham.."

"Tak de hal la.. Dah, ko berenti berangan,  pergi solat.. tenangkan diri dan doa banyak-banyak kat Allah S.W.T, biar Dia permudahkan urusan kau.."


"Iyela kan.. dari tadi aku dop buang masa.. terima kasih kawan.. sayang kau!"

Cupp**.. di pipila.. (korang ni, fikir bukan-bukan)

"Oit.. ganti balik first kiss aku!!"

"Alah, kau.. aku cium pipi je kot.. ngengada.. da~~ ".. Pantas, aku berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk dan mengunci pintu.. Sebelum budak Rabiah tu kejar aku.....

P/s   =  ... kalau korang semua ada masalah and stress.. let them go by praying.. InshaAllah.. akan dimakbulkan oleh Allah SWT.. dan hati jadi tenang.. salam ukhuwah awak~~   (^___^)


Friday, 22 June 2012

Medic

Saturday, July 23, 2012

Assalamualaikum pembuka bicara... biLa buka cerita medic, ianya menjadi satu karier yang disukai semua orang.. saya pun macam tu jugalah.. berminat dengan medic.


Sejak saya dari kecil sampai la dewasa, bila orang tanya nanti besar nak jadi apa.. 

"doktor!"

"kenapa?"

"nak tolong orang, nak bagi ubat free kat abah dan umi."

Aku dulu anak kecil yang girang dan petah berkata-kata.  Tapi aku begitu obses dengan kerjaya ini.  Namun, tuah tidak menyebelahi aku.  Keputusan aku tidak melayakkan aku untuk berjuang di dalam kos ini.  Bukan keputusan aku teruk, tapi biasa-biasa sahaja.  Malah, subjek yang paling penting di dalam bidang perubatan ini, aku hanya mendapat kredit sahaja... Argh.. kecewanya aku pada ketika itu..

Apabila, permohonan untuk mengisi UPU dibuka, aku hanya terfikir untuk mengisi bidang perubatan sahaja. Namun, aku tidaklah secetek itu, jika aku berbuat demikian, mungkin aku kini masih lagi di rumah, menolong ibuku memasak atau mungkin sudah berkahwin agaknya... "who knows.. :) "

Aku masih ingat lagi ketika aku mengisi permohonan itu, ayahku berkata,

"tak payah nak berangan nak ambil bidang medic, result yang kita dapat tu pun dah membuktikan kita sama ada kita layak ataupun tidak.."

Perit sekali ayat itu kedengaran di telingaku.  Namun, aku akui.. ada benarnya kata-kata ayahku itu.  Mungkin aku tidak layak untuk bidang itu..  Mungkin Tuhan telah aturkan rezeki aku di tempat lain.

Jadi, di dalam permohonan itu, aku ingin meletakkan bidang perundangan sebagai pilihan pertama, tapi, apabila disemak semula oleh ibu saudaraku, dia tidak bersetuju.  Katanya, aku lebih berbakat dalam bidang bahasa inggeris.  Pada waktu itu, aku pula anak sulung, jadi tiada siapa yang mahu memimpinku untuk membuat keputusan.. melainkan ibu saudaraku itu.  Jadi, aku tukar dan bahasa inggeris menjadi pilihan utama.. namun apa yang aku berat hati ialah.. UPSI.. 

Aku tidak ingin menjadi seorang cikgu, walhal ia adalah satu pekerjaan yang murni .. tapi entahlah.. seperti yang diketahui. UPSI juga dikenali sebagai universiti yang melahirkan ramai pendidik yang berwawasan.. Dan aku tidak ingin itu, aku tidak ingin dilabel sebagai cikgu.. walaupun jurusan diploma ini, hm.. orang kata open market..  namun, bila melihat ibu sedara aku yang bersungguh-sungguh, aku pejam mata dan terima.
Malah, aku juga telah membuat solat istikharah kerna sama ada ingin ke matrik atau UPSI apabila keputusan UPU keluar.  Bayangan yang aku dapat ialah.. gambaran aku di UPSI.. Jadi, aku pasrah dan redha di atas ketentuan-Nya.

Namun, aku masih lagi mengharapkan bidang perubatan itu.. mungkin ibu dan ayahku ingin menyediakan biasiswa PaMa (Papa dan Mama) untuk aku.  namun itu  hanyalah angan-angan mat jenin aku sahaja.  Sedih apabila aku melihat kawan-kawanku yang berlepas ke sana untuk mengejar gelaran doktor itu dengan biayaan sendiri.  trbit rasa iri hati, namun cepat-cepat aku hapuskan perasaan itu..

Setahun kemudian, sementelah keputusan SPM adikku keluar, Alhamdudillah .. keputusannya memuaskan dan lebih kurang aku sahaja.. namun, yang aku bermandikan air mata ialah.. ada insan yang bermurah hati want to support him if he continues his studies in medic..  adikku itu amat beruntung.  Bulan sembilan ini, jika ada rezeki dia akan pergi ke universiti pilihannya, Universiti Al-Azhar di Makkah.. 

Tiada siapa tahu, di sebalik topeng mukaku yang gembira ini, terpalit satu luka.. satu lagi topeng yang sedih dan tidak boleh ditunjukkan sewenang-wenangnya kepada orang lain..  Khuatir, nanti aku dikatakan tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan berhasad dengki dengan adikku sendiri, jika aku sahaja yang bermuram durjana, jadi aku diamkan diri sahaja.

Mungkin jarak umur kami yang rapat, adikku dapat mengesan perubahan diriku ini.. aku hanya mampu menjawab pertanyaannya dengan linangan air mata yang mencurah tidak henti-henti..

"Ngoh, kakak harap abe ngoh akan teruskan cita-cita kakak yang tidak kesampaian itu.... kakak akan terus menyokong abe ngoh dan berdoa..."

Ketika aku cuti sem baru-baru ni..

Rupa-rupanya, ibuku telah menyimpan duitnya secara diam-diam kerna dia tahu cita-citaku untuk menjadi doktor terlalu tinggi .. jadi dia menyimpan duitnya untuk menghantar aku ke Mesir juga apabila aku mendapat keputusan SPM nanti.  namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.. Kebetulan, rumahku yang masih dalam pembinaan mengalami kekangan wang dan memerlukan wang dengan kadar segera.  Nak tak nak, ibuku perlu memberikan wang itu kepada ayahku.. Mungkin.. Aku tidak sesuai di dalam bidang itu barangkali.

Kemudian, setelah apa yang terjadi padaku.. ibuku kini menyandarkan harapan kepada adik ketiga ku untuk menjadi seorang doktor, kerna di antara adik beradik, dialah yang paling pintar.  Kata ibuku.

"kak cik, nanti tahun depan kak cik SPM, jadi buat betul-betul tau.. kalau tak nak jadi macam kakak, keputusan SPM tu biar cantik ..barula senang kita nak mohon biasiswa.. abe ngoh pulak ada orang yang tanggung.. kalau boleh biar ada anak ibu yang jadi doktor tapi dengan biasiswa.."

Ibu.. tahukah kata-katamu itu mengguris hatiku.. ku tahan air mata dari mengalir di pipiku.. Aku tahu ibu tidak bermaksud demikian, ibu hanya ingin menjadikan aku sebagai contoh agar adik-adikku bersemangat tinggi dalam belajar.  Lalu aku bangkit dari kerusi di meja makan itu, dan berlalu ke bilik..

Abe ngoh perasan akan itu, lalu mengekoriku dan berkata.. 

"kak, sabarlah.."

"macam mana kakak nak sabar kalau macam ni.. ibu asyik sebut tentang medic.. kakak terasa.. itukan cita-cita kakak.. kakak tau ibu tak bermaksud.. tapi tolongla faham perasaan kakak.."

Mungkin aku sudah hilang kawalan agaknya,,,,

Malam itu, aku solat sunat dan mohon diperkuatkan hati ini oleh Allah S.W.T.. 




Dan kini aku sedar walaupun kini aku memilih jalan yang berbeza dari cita-citaku.. aku tidak boleh melupakan tanggungjawabku sebagai seorang anak yang ingin berjaya di mata kedua ibu bapaku dan sebagai anak sulung yang ingin menjadi contoh di mata adik-adiknya..  Aku harus berjaya dalam bidang yang telah aku pilih ini biarpun ia bukanlah minatku...  Mungkin ini adalah salah satu jalan yang Allah S.W.T tunjukkan kepadaku yang masih tercari-cari apakah kesudahan cita-citaku ini dalam mengenali diriku yang sebenar dan bakat yang ada padaku sebenarnya..

May Allah bless me myself  and all of my family.. 

Wednesday, 20 June 2012

Kisah adik saya..






Gambar hiasan yep.
xde maknenyer kalo muka dia macam ni
:P



Assalamualaikum semua.. ihih..

         Hm.. sebenarnya ini kali pertama untuk saya bercerita mengenai orang yang berada di sekeliling saya or in the other words, i want to tell my personal story to others.  takut jugak kan.. actually my brother wants me to write about his story in my blog.. so,why not..s0, here i am, writing his story ( i wish to tease him badly..kikiki.. )..

saya dan adik saya agak rapat .. memandangkan umur kami pula tidak terlalu jauh.. beza umur di antara kami hanya 10 bulan barangkali.. bayangkan jika saya lahir bulan 1, tentu adik saya lahir bulan 11 kan.. we are twins!!  ha, adik saya tu lelaki.. hensem lagi.. (kononya.. ) (=__='') ----> dia yang selalu cakap macam tu.. 



Dulu kan semasa sekolah tadika, bila saya dah berumur 6 tahun cikgu tanya.. "yan, awak sepatutnya duduk kat kelas 6 tahun, bukan berada di kelas 5 tahun.."
saya geleng.. saya cakap tak nak.. nak duduk jugak dengan adik saya.. cewah, protective la orang katakan.. muka cikgu masa tu , memang bengang gier r.. dah.. tak nak dengar cakap dia..
tapi lama-lama tu saya sedar, takkan nak duduk dengan dia je.. jadi saya pindah la...
Esoknya, adik saya datang kat saya pastu, dia cakap ada orang buli.. saya apa lagi.. .. (seperti gambar di tepi..) sapa suruh kacau adik saya.. padan muka!  (^___^)..

Bila pergi sekolah rendah pun keadaan sama yang berlaku.. adik saya still being bullied by others.  Kesian dia.. Saya yang akan cari budak tu, ketuk meja dia dan siap tarik kolar baju tau.. fuh.. punyer la gengster kan,


Saya ada tanya dia, kenapa la dia tak lawan balik.. dia cakap .. selama ni saya je yang lindungi dia.. jadi, dia dah tak tau nak lindungi diri sendiri.. sebab bila ada orang kacau dia, akan ada saya untuk lindungi dia balik... Pastu, dia cakap saya yang ajar dia macam tu, sampai tak boleh nak defend diri sendiri.. (masa tu kan.. serius, saya memang terharu giler.. habis cover depan adik tak nak kasi air mata keluar.. malu... (>__<')




selepas itu, i had to leave.. i went to boarding school at besut, terengganu.. and time tu, saya tinggal kat kuala lumpur tapi kini tidak lagi.  sedih bila berpisah jauh dan saya fikir, macam mana la dia tanpa saya nanti.. macam mana kalau ada yang kacau dan buli dia lagi?? jadi saya serahkan semuanya kepada Allah S.W.T.

kemudian, tak lama kemudian, adik saya pun ke sekolah asrama tapi sekolah agama beza dengan saya.. mula-mula, dia dekat asrama, serius.. homesick mengalahkan perempuan..  tiap-tiap kali mak datang melawat.. mesti berlari kat belakang ikut je bontot kereta tu bila mak nak balik.. bayangkanlah!! lelaki tu!!.. memang betul.. banyak dugaan untuk membesarkan dia....


Tapikan.. tak siapa sangka.. adik saya yang dugaannya.. alahai.. x payah cakapla.. kini seorang remaja yang penuh ilmu di dada.. dan beragama.. malah, dia juga banyak menegur dan memberi nasihat kepada saya dalam hampir semua hal dan masalah.. dulu.. masa saya 15 tahun.. keluar, pakai lengan pendek.. bayangkan.. dia jalan dengan saya, dia yang tolong tutupkan aurat yang terdedah itu dengan badannya apabila melihat ajnabi-ajnabi yang berjalan di hadapan saya.. terus saya tutup aurat lengan selepas itu..



Bila saya meningkat remaja.. saya sedar, betapa kerdilnya saya di hadapan adik saya... bila fikir balik, dulu saya lindungi dia.. tapi kini.. dia pula yang lindungi saya.. malah dia jugalah yang banyak memperingati saya tentang agama dan aurat..  kalau boleh saya nak jadi macam dia, hafal al-Quran, memperbetulkan tajwid saya bila saya mengaji.. (kagum.. bila saya baca al-Quran, dia duduk depan saya dan perbetulkan saya baca tanpa melihat al-Quran.. )  saya malu untuk akuinya.. abe ngoh.. hihi kakak sayang awak.. ihhi.. terima kasih atas segala peringatan yang awak berikan pada saya.. adik saya tu rajin tau.  nasihat yang dia bagi pon best tau.. berbaloi kalau kita ikut.. jadi kepada sesiapa yang berminat dengan adik saya.. boleh la iye,, hubungi saya di nombor ni.. hihi.. 013-*******..

Saya amat berharap biarlah dirinya kini kekal untuk selama-lamanya..

sekian , dari saya... terima kasih... (abe ngoh, harap berpuas hati la iye.. ihih)


                


Sunday, 17 June 2012

Malam ini..

tap.. tap.. tap..

Kerjayaku sebagai penulis memang memerlukan tanganku untuk bergerak pantas.. pernah terdetik di hatiku untuk berhenti, namun minat mengatasi segala-galanya..

"nanti besar Man nak jadi apa?"
"nak jadi orang yang tulis-tulis, cikgu!"

tidak ku lupa bagaimana  rakan-rakanku mengejekku.. katanya aku dilihat seolah-olah seperti perempuan..
who are you to say that?? hm.. to be a writer, i read a lot.. because there are no boundary in reading or writing.. just state what you had in your mind.  Itulah yang membuatkan aku jatuh cinta dalam penulisan ini..

pada mulanya, aku malu untuk menunjukkan hasil nukilanku untuk tatapan umum..

"perasaan malu itu harus ada dalam setiap diri manusia, namun biarlah ianya bertempat.. hindarilah perasaan malu itu sekiranya untuk ianya untuk kemajuan diri "..

di saat aku membaca nukilan inilah , aku tekad untuk menonjolkan hasil aku..

dan Alhamdudillah.. ianya mendapat sambutan. .. syukur ke hadrat Illahi..

dan.. disebabkan pengalaman yang ditimba di dalam penulisan inilah, aku bertemu dengan bidadari yang telah melengkapkan diri aku sebagai Adam..

"wanita itu ibarat permata ... peliharalah ia dengan sebaik-baiknya"

"wahai hawa, janganlah kau titiskan mutiaramu walaupun sebutir yang mengalir di pipimu, kerna aku pasti akan tertewas.."

"hawa, fahamkah dikau akan perasaan ku ini.. bagilah aku petunjuk agar aku tidak dihanyutkan oleh perasaan ini.. kerana aku khuatir perasaan ini akan melebihi cintaku Kepada Allah S.W.T dan memudaratkan diriku.. dan aku tidak mahu dibuai perasaan ini, kerna aku takut untuk kehilangan Allah S.W.T....."

Dan Alhamdudillah.. baik-bait kata inilah telah mengikat sebuah perhubungan yang suci dan halal di sisi agama di antara aku dan dia.. dan aku juga tidak membuang masa apabila aku melihat dirinya memberi hint, terus aku melamarnya dan menikahinya..

"Papa, tak tidur lagi ke??? papa, boleh tak papa bacakan ana story book? ana da tak boleh tidur..."

aku melihat anakku sedang menggeyeh matanya. gatal barangkali...

"boleh, sayang.. jom.."..

ku pimpin tangan anakku ke kamarnya.. dan alhamdudillah.. aku dikurniakan seorang puteri yang petah berkata-kata dan seorang putera, namun putera itu masih lagi kecil.. jadi tujuan aku berjaga malam ini pun adalah untuk menjaga putera kecilku dan khuatir isteriku yang sedang berpantang itu memerlukan apa-apa.. jadi, aku fikir.. mungkin aku patut mengarang supaya aku boleh berjaga malam demi mereka..

semoga kita dapat bertemu di Jannah nanti.. InsyaAllah....

Thursday, 14 June 2012

Satu Ketika Dulu

dulu time kecik2 di kg l0s0ng, trganu..

Ayah beli basikal tayar 3 kt belakang.....
= "kakak, jom main basikal.. meh ayah ajar.."

saya dengan takut2, tapi perlahan2 saya pandai menyesuaikan diri..

seminggu kemudian,
= "kakak meh cni basikal ayah nk kakak try naik dengan kurang satu tayar "
= "ayah, kakak takut, nanti ayah pegang deh"
= "jgn la takut, ayah kan ade kat belakang.."

mula2 ingatkan ada ayah pegang kt belakang, bila toleh, ayah dah lepaskan tangan dia.. "tgk, kakak da pandai bawak basikal, nk takut ape.. senang je.."

kemudian, "ayah, kakak nak ayah tanggalkan tyar satu lg, kakak da boleh bawak... "
="tapi kakak, kakak da biase ke??"
saya hanya mengangguk, lalu ayah pon menanggalkan tayar itu..
aq lihat dari jauh, ayah sedang memerhatikan aq, khuatir barangkali anaknyer ini akan jatuh.. cakap ayah..
"hati2 kakak....."...



Sekarang saya sendiri telah melangkah ke satu alam yang baru .. iaitu remaja.. di mana di sinilah kita dapat melihat pelbagai perubahan2 yang berlaku di sekeliling kita yang melibatkan hati dan perasaan...ingin rasanya saya kembali ke zaman itu.. pada zaman kanak2.. berlari.. dan bermain..  ibu , ayah pula tidak betah dengan kelakuan kita yang aktif pada ketika itu,, walaupun dimarahi , saya tahu di hati mereka. terselit satu     cinta yang suci.. kasih sayang.. merekalah yang telah mencorakkan saya pada hari ini.. ibarat kain putih yang dicorrakkan dengan corak2 batik yang halus dan tinggi nilainya...umi.. abah.. saya amat sayangkan kamu....

Wednesday, 6 June 2012

take a breath and read..

assalamualaikum,.. pembuka bicara.. argh.. sudah lama aku tidak mencoretkan kata-kata di ruangan ini... tangan ini tidak lagi betah dan lincah bergerak di atas papan kekunci ini... malah .. aq juga sudah ketandusan idea untuk mengarang....

di dunia ini.. terdapat pelbagai ragam manusia....
dan akhir-akhir ini .. banyak perkara di sekeliling aku yang terjadi dan boleh dijadikan iktibar....

semasa di dunia ini .. perbaikilah amalan kamu.. walaupun, diri ini serba kekurangan .. namun aku dapat merasakan aku mempunyai hak sebagai saudara seislam untuk saling nasihat menasihati di antara satu sama lain..

apabila, kita merancang untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.. perbaikilah diri kamu.. usahlah kamu saling syak wasangka di antara satu sama lain.  subhanallah, aku dapat melihat seseorang  mengalami pelbagai kesusahan sebelum dia tiba di mekah....

ketika ingin melangkah ke airport aku dikejutkan dengan khabar berita yang dia tidak dapat mengikuti rombongan jemaah ke Mekah.. katanya.. ada perkara yang tidakdapat dielakkan pada buku merahnya.. sehingga dia terpaksa menunda tarikh penerbangannya ke sana...  kemudian, apabila tibanya dia ke sana.. pelbagai kesusahan yang dialami nya... terutamanya ketika dia di lapangan terbang Jeddah,,, dan sebangainya.. kesusahan yang dialami beliau berlanjutan sehinggalah beliau hampir pulang ke Malaysia....

dan di sini ,, aku tahu... sekiranya ada musibah yang melanda diri ini.. sudah tentu semua ini berpunca dari sikap kita sendiri.... kuatkah ibadah kita kepada Allah S.W.T??
Adakah cukup amalan seharian kita seharian??
Baikkah kita atau molekkah perangai kita dengan saudara mara dan saudara seislam???

jadi .. sekian sahajalah coretan ku pada hari ini.... aku bukanlah seorang ustazah mahupun seseorang yang indah amalannya... tetapi.. aku adalah aku,, yang ingin berusaha untuk memperindahkan amalan aku dan memperbaiki apa yang patut... InsyaAllah.. semoga kalian juga mendoakan diri ini kearah hidup yang lebih sempurna... Amin.... (^__^)