Saturday, 18 October 2014

hm

Bergurau dengan adik..

Then, he said,


Apa yang kamu buat ketika di umurmu 21?


Well, that is being said nicely but it keeps bothering my mind. What did I do actually?

Terfikir pula selama ni, aku banyak membuang masa. Tetiba rasa diri ini tidak berguna.. Useless..

Sedih pula dengan diri sendiri. Why can't I be like the others?

Kadang kadang bila keluar, perasan ada mata memandang serong. Yelah dunia sekarang, pedidikan dijulang tinggi. Anak-anak sedari kecil telah diajar untuk belajar, lengkap dengan pelbagai kelas tambahan. Tiada lagi kebebasan buat mereka.. bermain? Tiada masa untuk itu.

Bila kita yang macam ni, berada di hadapan orang orang yang demikian, faham dengan lirikan matamu itu. 

Pokoknya, sedih dengan diri sendiri yang mudah luntur semangat bila ada cabaran dan dugaan melanda.

Pokoknya juga, sentap dengan ayat itu. 

K. Bye.

Monday, 5 May 2014

...







Sukarnya untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita.












Monday, 17 March 2014

Bit Taufiq Wan Najah


Assalamualaikum,

Janggg.. 

Dah lama sangat hilang. Niat di hati memang nak sangat buat coretan. Tapi memandangkan wifi internet, kejap ada, kejap tak.  Adoi.. Stress.

Nanti report kat aunt macam macam, hak kita sebagai penyewa. Cewah. 

Pejam celik, pejam celik dah semester akhir diploma. Cepat je. Semalam dah selesai satu kertas. Berbaki tiga lagi. Allahuakbar cepat je.

Dah pesan awal awal, kat umi abah nanti datang jemput. Hee.. Al-maklum barang banyak. Sedihnya nak berpisah. Even adik sendiri yang bertukar tempat belajar pun, baca komen kawan kawan dia pun dah buat aku mengalirkan air mata. Apatah lagi empunya diri yang merasa. 

Sekarang ni, aku pula bakal merasa. Wah, takut.. Dahla ratu air mata. Haha. Sahabat sahabat pula makin nakal sem ni. Macam mana tak jatuh sayang. 

Bila Allah kata Kun Fayakun, maka jadilah dia. Bukankah dunia ini merupakan pelaburan kita di syurga nanti.  Manakan mungkin mendapat syurga, jika inginkan ujian yang biasa biasa sahaja. Syurga itukan tinggi nilainya. Moga kita tergolong dalam golongan yang bertuah itu.

Nak nak nak. Moga dikurniakan juga seseorang yang mampu membimbing ke jalan-Nya. 

Amin.


#Esok ada paper, tapi sempat lagi.. hehe.

Gambatte Azyan-Chan!

Moga perpisahan kali ini tidaklah terlalu perit untuk ditangisi. Saya sayang semua sahabat. 







Monday, 10 February 2014

Tarbiyah


Kita sebagai manusia, sebelum bermulanya rentak dan mencorakkan diri kita sendiri. Diri ini perlu sentiasa dipenuhi ilmu.. Rohani perlu diberi pengisian supaya diri tidak mudah goyah bak lalang yang berliung pikuk ditiup angin.  Atau mungkin lebih sesuai dengan perkataan ditarbiyah.

Seeloknya biarlah diri itu penuh dengan ilmu agar diri menjadi perkasa.

Sebelum bermulanya kita dalam sesuatu benda, terutamanya dalam berhalaqah perlu tajdid niat sebelum dan selepas. Ikhlaskan hati. Barulah hati itu Allah tolong lapangkan untuk kita menerima ilmu.

Surah Al Mujaadalah,
58:11



Wahai orang-orang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu.  dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah boleh meninggikan darjat orang orang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.



"Ana sendiri tidak pernah terfikir ana akan tadabbur al-Quran seperti ini," kata ukhti.

Kita memang tak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa harapan melainkan Dia. Kita yang memilih sama ada nak ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun, alangkah baiknya jika diberi peluang ditarbiyah pada usia yang muda. Teringin nak jadi seperti ukhti Shera yang banyak ilmunya, sedangkan kami sebaya. Segala pertuturan yang keluar seiring dengan dalil al-Quran. Allahuakbar.. Kagum sebentar. Terasa kerdil seketika, tapi dalam mencari ilmu tidak boleh malu.


Fell in love in Islam. More and more. Moga cinta ini kekal. Amin.


Kekacauan


Itu yang bermain dalam jiwa sekarang. Bila dah sampai ke minggu hujung hujung ni, due date of submission is around the corner.  Satu demi satu tugasan perlu disiapkan. Demi mendapatkan mata tertinggi dalam pengajian. Tapi cukupkah semua tu?

.. Hm..

Ditambah mula dengan Muet yang semakin hampir. Itu yang menjadi makin kacau. Kadang kadang tergelak akan diri sendiri.  Minggu muet untuk speaking test tu, minggu tu submit asaimen, minggu depan presentation, record video.. Serba salah nak tinggal. Takpe nanti balik, esoknya terus datang sini. itupun dah ponteng sehari kelas sebab nak duk rumah lama lama. Abe ngoh pun dah nak pergi.. Begitu singkatnya masa kita bersama. *sigh

Kemudian, 8.3.2014.. Listening test, Reading test.. 9.3.2014 dinner. Perfect!

Lagilaa nak tergelak.. Muet kali ni memang kebetulan dengan semua benda. Nak naik bas malam lapan tu, dah tak berani nak sampai sini awal pagi sorang diri. Tengokla macam mana. Tapi mestila nak menghadirkan diri. Last dinner dengan geng DIE kot. 

Kalau niat kita elok, Allah tolongkan. 

*Senyum sokmo. 

***

Kelas cancel. 

*melompat lompat~! Yeay~ 

Wednesday, 22 January 2014

Krik Krik Krik


*Angkat kening sebelah kanan. *Kening kiri plak.

Berulang kali... akhirnya, satu keluhan keluar.  Sunyinya..... Bila semua dah balik. Dulu ye, my passion in watching movies and drama were extremely fuh.. didn't know how to express it with words. hee.  But now, Alhamdulillah.. I manage to overcome the obsession. hee.  Tapi, bila dah tinggal berdua je dalam rumah, gelak tawa, gurau senda tu macam menjadi igauan. *er scary. haha. Tapi ye betul.

Selalunya, orang pertama yang akan balik bercuti adalah aku~ Azyan~. Tapi sekarang, memandangkan ada hal hal tertentu, terpaksa delay balik tu. Sedihnya. Cuba buka laptop, nak layan movie ke drama ke. Tapi entah, rasa dia dah sama tak sama macam dulu. Lain. Beza.

Bangun pagi, mata berkelip-kelip, Nur keluar belajar memandu di awal pagi lagi. Nina pula dah selamat berangkat ke Pudu. Aku bangun. Tutup kipas, sapu bilik dan keseluruhan rumah. Oh yeah. Best, berpeluh peluh. Gaya hidup yang sihat. Oh yeah~ haha. Basuh kain, sidai, angkat, lipat.  Dan sekarang berfikir nak buat apa.

Nur balik je, kita teruskan pula dengan memasak. haha. Wah, ada calon menjadi surirumah yang berjaya ni. haha. Kelakar la plak.  Asaimen pun dah dihantar tadi. Hm.. apa lagi ye yang tinggal?

Oh ye, saya balik esok bersamaan Jumaat. Umi abah sampai kat Subang 10.45pg. Dan saya sedang berfikir, pukul berapa pula mereka akan sampai di Ampang. Nanti bertolak dari sini, terus ke Ampang.

Cepatlah masa, rindunya kawan kawan yang telah selamat sampai di kampung halaman masing-masing.


Thursday, 16 January 2014

The Return


5 Ogos 203, ingatkan tak dapat hadir perjumpaan dengan kawan kawan lama bertempat di Besut, memandangkan masa tu belum lagi cuti dan masih lagi berpraktikal.  Tapi, aturan Allah tiada siapa yang tahu. Siapa tahu yang tetiba aku sampai di kampung halaman malam 4 Ogos sekaligus berbuka puasa terus bersama family. Hee

Kira-kira punya kira, takut juga nak bagitau Umi Abah pasal reunion tu.. Takut tak izin, usually when it come to this similar situation, mum and dad are reluctant to let me go. But I, hee... As usual, being stubborn, tapi masih lagi bertoleransi, makan masa jugak la nak expalain dan pujuk...  Alang alang esok dah harinya. Nanti, susah dah nak jumpa memandangkan kawan kawan aku kebanyakannya dari Terengganu.

Semua ni dirancang oleh Alia Nasa, Apik Chong dan Che Lat. Plan ni semua dah lama, tapi asyik tertangguh.  Alhamdulillah menjadi jua. Rancangannya, berbuka puasa di Bukit Keluang Beach Resort, bermalam di homestay, esok pergi ziarah maktab. Dan aku, time rasa malas nak drive.. Memang kalau boleh nak tumpang orang. Hee. Tetiba sampai mesej Mirah Ustazah, 

"Pergi tak? Jom p sekali.. Tapi pegi dengan classmate laki, takut jugak abah tak bagi.. Jom la teman."

"Berapa orang?"

"Ada Demy, Peja, Saya. Jomla Yan.."

Pucuk dicita ulam mendatang. Terus aku setuju. Kebetulan, mujurlah abah umi kenal Peja. Barulah ok sikit. hee. 

Sampai sana je, terus ke homestay, itu yang bestnya. Gegirl bertemu gegirl. Havoc giler. haha. Penat ketawa. Tapi agak sedih jugak, rakan sekelas pompuan  tak ramai yang datang. Yang ramai, rakan sekelas laki. Tapi yela, tak sama dengan pompuan. Lagipun, dulu lain, sekarang lain.

Usai berbuka puasa kat Bukit Keluang tu, Apik Chong menyampaikan sepatah dua kata. Wah, kami berbuka pun dalam keadaan yang meriah. Alhamdudillah. Tak silap, seramai 60 orang yang menyertai 'The Return' ni. Kawan kawan yang berpisah time form 3 pun ada. Tu yang best tu. hee Lepas tu, 

"Alia, malam ni gane?"

"Jom g tengok budok laki main futsal."

Aku time tu? Hah?.. Mirah Ustazah pun sama terkejut. Haha. Dah tau, apa yang bermain di fikiran. Budak laki main futsal macam mana *fikir fikirkanlah. Tapi kalau kena tinggal kat homestay scaryyyyyy.. Ikut jela. Tapi aku dan Mirah tak masuk pun, duk kat luar. Siap mintak kunci kete dengan Che Lat nak tumpang duduk. Haha. Banyak nyamuk wooo. Yang tak menahan, classmate aku, popular dengan gelaran Messi tak turut sama main futsal. Nampak sedikit janggut ciput disimpannya. Wah, kawan aku. Suka aku tengok perubahan itu.

"Bakpo tak main, Messi?"

"Zaman aku habih doh nek." sambil senyum simpul. haha

Borak punya borak.

"Aku nak g makan mamak ni nek dengan Apik Chong, nak kirim? nak ikut tak leh doh."

"Haha, xpela messi sep mg p la makan. Sep aku duk sini je. Tunggu Alia bawak balik."

Sampai je homestay, Apik Chong tepom, diorang ada bungkuskan roti canai dengan air Tea O beng. Terbaikk. haha. Messi belanja katanya. Terima kasih, rezeki jangan ditolak. 

Esok, pergi maktab. Hee. Best dapat jumpa cikgu cikgu. Yang tak menahan, junior junior ingat lagi aku... Terharu aku. Dulu aku urus bahagian bas dan sick bay. Diorang ada ajak stay sampai watikah pelantikan. Tapi, aku menolaknya dengan cara baik, memandangkan umi menunggu di rumah. 

Aku dan Mirah bertolak pulang pada pukul 2 petang. Selamat sampai dan selamat makan. hee Perut kenyang suka hati~

*Lama kan baru nak update. Haha

The End. Thanks everyone. =)



Tuesday, 14 January 2014

11/1 dan 12/1


Ada apa pada tarikh?
Mestilah tarikh penting.. *Smile broadly 

Tarikh dimana Iliya Syazwani dan Aida Azira bernafas di dunia ini buat kali pertama. Hee. 

Kepada Iliya Syazwani, sorry tak wish befday malam tu tepat jam 12 malam memandangkan semua orang penat, baru balik dari KL kan~ ha gituw~ Keesokan harinya, nak wish tapi serba salah, memandangkan esok hari jadi Aida. Pening tau kami tiga orang. Haha. Macam macam plan kami buat konon nak buat prank. Plan A, B, C and on and on (*nampak tiru sapa) haha.  

Bila Aida dan Iliya cakap nak pergi Pekan. Kemain kami bertiga suka sebab boleh melancarkan lagi perjalanan plan kami. Haha. Nina pergi buat air puaka manakala Nur dan aku memerhati. Lama juga kami bertiga menunggu kami balik sehingga sanggup menunggu di depan pintu. *aisshh

Bila kamu kamu balik, semangat aku tarik Liya, Nur tarik Aida. Nina bahagian jirussss~
Dan oohh yeaah.. Berjaya~! 
Kuat sungguh si Iliya, tak terlawan tenaga aku nak pegang dia sampaikan Nur yang tolong.

Tapi, tak sangka la plak Aida dan Iliya buat reverse. Nur yang berhampiran dengan sep mg pulop yang kena. Lepas tu, Nina. Ku sangkakan ku selamat, rupanya tidak..

"Yan, tolong la aku, tadi kata nak tolong?"

"Hah? Nanti aku lak yang kena.."

"Cepatla.."

Aida buat muka sedih. Suara pun sayu. Ok, dah tau aku akan kalah punya, kakiku mula melangkah..

Hm, betullah tekaanku. Lebih hebat aku kena, satu baldi terus. Terbaik~

Malam itu, hajatnya kami bertiga nak bagi hadiah pada anda berdua selepas pukul 12 malam. Tapi, Aida fuh. bagus betul family dia. Semua orang telefon nak wish, siap berebut lagi. Kalau aku, haha. Abe ngoh, Huda dan Aniey yang jadi orang pertama. Family, keesokan harinya kecuali Abe ngoh. haha. Disebabkan lama sangat awak berbual Aida, kami tidur dulu..

Bagi hadiah pun dah lambat, selepas pulang dari Ipoh. haha. Sorry kamu berdua.

Sanah helwah buat anda berdua. Semoga untung di sana mahupun di sini. Jadilah anak yang solehah dan terbaik. Jom sesama upgrade iman~! Hee.

。◕ ‿ ◕。

Lots of love,
Azyan

(ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧



Monday, 13 January 2014

Hectic Monday


Kelas pukul 8 pagi tadi, tapi aku..

"Yan, bangunla.. kelas Dr. kot. Cepat laaa. Bangunn~!"

"Tak nak~~"

Selimut gebar mula ditarik menutupi muka lalu berkata,

"Tak nak p kelas.. Penat tak hilang lagi.."


7.30 a.m.
Aida dan Nur mula bersiap memandangkan Dr. tu punctual and a bit aggresive.  Liya datang, tarik kaki seraya berkata,

"Cepat bangun~!! Nak kena kunci dari luar ke?"

Aku bangun dengan payahnya.. Ye ye.. Tuala diambil, mata masih lagi terpejam ketika aku berlalu ke tandas.

7.55a.m.
Mula berjalan ke kelas.

"Kalau aku amik duit kat ATM sempat tak?"

"Yan, dah tak sempat dah ni, 5 minit je lagi~! Cepat!"

Tanganku diheret "ganas" oleh mama Aida dan umi Nina. Er.. okay..

Sampai ke kelas, yess. tepat pada masanya~ He.. She arrived 5 minutes later on.

Macam biasa, dia masuk, kami mengambil pendekatan diam. Diam. Dan diam. 
Tak sangka dia bagi asaimen yang baru dihantar minggu lepas hari ni. 

At first, she complimented us regarding our assignments about 20 minutes.  But then, fuhh.. Awesome, she was on the fire for three hours and she stood up for the whole time. As I expected, of course there would be a lot of unexpected words spilled out from her mouth.

1. I'm pissed off.
2. What the hell?!
3. Copy paste generation
4. And on and on and on and on
5. Moron
6.Stupid

She asked us why and why we did that when she didn't ask us to that.  When one of my friends said something about it. Of course, she became more piss off.

Kalau kita bagitau reason kita pun, confirm dia tak nak dengar dan nak menang je. Patutla pagi ni berat je nak ke kelas. Haha.

Hari ni, biasala kan student, when we find something amusing, for the whole day we would use it as a joke and laugh. 

Even, presentation dalam kelas petang tadi pun, pandai kawan kawan buat role play pasal kelas pagi tadi sebelum present. Haha. 

Tapi bagi yang memang betul betul ambil serius dalam bidang Bahasa Inggeris ni, bila ada yang mula merendah rendahkan kita secara berlebihan. Bohonglah kan kalau tak terasa. Salah seorangnya kawan aku.  Menangis-nangis dia selepas kelas tadi. Sampai hati buat kawan kita macam tu. Sabarlah kawan ye. Jadikan ia pembakar semangat. Nanti banyak lagi cabaran mendatang yang akan kita gempur. Ini baru sikit.  Amboi. Ayat. Sebenarnya aku pun takut. Tapi tak pe. Together we learn and strive towards excellent. In Shaa Allah.





Monday, 6 January 2014

Bisa


Bunyi bising kat luar kelas.
Geram dengan bunyi itu, dia bertindak keluar lalu membuka pintu itu dan pintu itu ditutup kembali.
Gerak mulutnya seperti menuturkan kata ini.

"Stupid."

Terperanjat kami. Pembelajaran disambung semula.


***

Aku sakan menulis nota. Namun, pura-pura sahaja sedangkan di tangan aku sibuk bermain gadget. Dia pula rancak menyampaikan syarahannya dan ceritanya.

Tiba-tiba, aku tersentak dengan apa yang keluar di mulutnya selepas itu,

"Let me tell you that those who are from 20, 21, 22, 23, 24 and 25 are all bullshit."

"Words utter from them are all bullshit including all of you."

"Don't ever think to make someone as your idol as he or she is stupid as you are."

Wow. Hm. Ayat dia. Berbisa. Panas. Hairan kenapa dia merendah-rendahkan orang muda masa kini. Tidakkah dia melihat atau tahu akan kejadian yang menimpa arwah Ammar yang syahid di bumi Turki, arwah Siti Hajar di mana dia pergi dengan mengingati Allah di saat kematiannya?


***

Kata bukan sekadar kata. Ia tersemat di dalam jiwa di setiap anak muda yang menunggu untuk membuka langkah secara halus dan diam. 

Apakah pangkat yang ada masa kini mampu membeli saham akhirat sana?

Kalau begitu murahnya nilai sebuah syurga, namun begitu sayang sekali,  Syurga itu tinggi nilainya. Bukan mampu dimiliki sewenang-wenangnya. 

Watch your words.

Kami akan bangkit kelak dengan IzinNya.