Wednesday, 22 January 2014

Krik Krik Krik


*Angkat kening sebelah kanan. *Kening kiri plak.

Berulang kali... akhirnya, satu keluhan keluar.  Sunyinya..... Bila semua dah balik. Dulu ye, my passion in watching movies and drama were extremely fuh.. didn't know how to express it with words. hee.  But now, Alhamdulillah.. I manage to overcome the obsession. hee.  Tapi, bila dah tinggal berdua je dalam rumah, gelak tawa, gurau senda tu macam menjadi igauan. *er scary. haha. Tapi ye betul.

Selalunya, orang pertama yang akan balik bercuti adalah aku~ Azyan~. Tapi sekarang, memandangkan ada hal hal tertentu, terpaksa delay balik tu. Sedihnya. Cuba buka laptop, nak layan movie ke drama ke. Tapi entah, rasa dia dah sama tak sama macam dulu. Lain. Beza.

Bangun pagi, mata berkelip-kelip, Nur keluar belajar memandu di awal pagi lagi. Nina pula dah selamat berangkat ke Pudu. Aku bangun. Tutup kipas, sapu bilik dan keseluruhan rumah. Oh yeah. Best, berpeluh peluh. Gaya hidup yang sihat. Oh yeah~ haha. Basuh kain, sidai, angkat, lipat.  Dan sekarang berfikir nak buat apa.

Nur balik je, kita teruskan pula dengan memasak. haha. Wah, ada calon menjadi surirumah yang berjaya ni. haha. Kelakar la plak.  Asaimen pun dah dihantar tadi. Hm.. apa lagi ye yang tinggal?

Oh ye, saya balik esok bersamaan Jumaat. Umi abah sampai kat Subang 10.45pg. Dan saya sedang berfikir, pukul berapa pula mereka akan sampai di Ampang. Nanti bertolak dari sini, terus ke Ampang.

Cepatlah masa, rindunya kawan kawan yang telah selamat sampai di kampung halaman masing-masing.


No comments:

Post a Comment