Monday, 10 February 2014

Tarbiyah


Kita sebagai manusia, sebelum bermulanya rentak dan mencorakkan diri kita sendiri. Diri ini perlu sentiasa dipenuhi ilmu.. Rohani perlu diberi pengisian supaya diri tidak mudah goyah bak lalang yang berliung pikuk ditiup angin.  Atau mungkin lebih sesuai dengan perkataan ditarbiyah.

Seeloknya biarlah diri itu penuh dengan ilmu agar diri menjadi perkasa.

Sebelum bermulanya kita dalam sesuatu benda, terutamanya dalam berhalaqah perlu tajdid niat sebelum dan selepas. Ikhlaskan hati. Barulah hati itu Allah tolong lapangkan untuk kita menerima ilmu.

Surah Al Mujaadalah,
58:11



Wahai orang-orang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu.  dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah boleh meninggikan darjat orang orang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.



"Ana sendiri tidak pernah terfikir ana akan tadabbur al-Quran seperti ini," kata ukhti.

Kita memang tak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa harapan melainkan Dia. Kita yang memilih sama ada nak ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun, alangkah baiknya jika diberi peluang ditarbiyah pada usia yang muda. Teringin nak jadi seperti ukhti Shera yang banyak ilmunya, sedangkan kami sebaya. Segala pertuturan yang keluar seiring dengan dalil al-Quran. Allahuakbar.. Kagum sebentar. Terasa kerdil seketika, tapi dalam mencari ilmu tidak boleh malu.


Fell in love in Islam. More and more. Moga cinta ini kekal. Amin.


Kekacauan


Itu yang bermain dalam jiwa sekarang. Bila dah sampai ke minggu hujung hujung ni, due date of submission is around the corner.  Satu demi satu tugasan perlu disiapkan. Demi mendapatkan mata tertinggi dalam pengajian. Tapi cukupkah semua tu?

.. Hm..

Ditambah mula dengan Muet yang semakin hampir. Itu yang menjadi makin kacau. Kadang kadang tergelak akan diri sendiri.  Minggu muet untuk speaking test tu, minggu tu submit asaimen, minggu depan presentation, record video.. Serba salah nak tinggal. Takpe nanti balik, esoknya terus datang sini. itupun dah ponteng sehari kelas sebab nak duk rumah lama lama. Abe ngoh pun dah nak pergi.. Begitu singkatnya masa kita bersama. *sigh

Kemudian, 8.3.2014.. Listening test, Reading test.. 9.3.2014 dinner. Perfect!

Lagilaa nak tergelak.. Muet kali ni memang kebetulan dengan semua benda. Nak naik bas malam lapan tu, dah tak berani nak sampai sini awal pagi sorang diri. Tengokla macam mana. Tapi mestila nak menghadirkan diri. Last dinner dengan geng DIE kot. 

Kalau niat kita elok, Allah tolongkan. 

*Senyum sokmo. 

***

Kelas cancel. 

*melompat lompat~! Yeay~