Tuesday, 28 August 2012

Salam terakhir.


Masa bulan ramadhan hari itu, aku dapat panggilan telefon daripada mak..

Sakan bercerita dengan mak. Itu . ini.

Tetiba,
“Mak, tak lama lagi raya. Lepas tu dua minggu lagi adik dah nak pergi. Akak takut akak tak terima bukan apa.  Takut nangis tak henti-henti..”

Air mata time tu, tak usah citerla.. lencun baju den. Mak saya pon nangis sama.. 

Entahla, kata mak, kita kena lepaskan dia, biarlah dia pergi sambung belajar.  Nanti hantar dia, jangan tunjuk yang kita lemah semangat, kite kena kuat.

Bukan, nanti dengan siapa nak share citer, nak gaduh-gaduh.. nanti kitaorang dah jauh.. sangat jauh.

Sekarang dah masuk bulan syawal.. Entahla, air mata ni macam tak nak berhenti, orang lain sibuk beraya.  Tapi aku, masuk dalam bilik nangis sorang-sorang.. Aaa sedihnya…

Bila hari raya pertama, sengaja aku ambil gambar banyak-banyak, dengan dia dan adik-adik aku yang lain. Di muka aku ni, terpalit satu senyuman lebar, tapi dalam hati.. Tuhan yang tahu.
Aku tau dia pun nak buat banyak benda dengan aku, macam-macam dia suruh aku buat.. main dia punya tab la.. berbual dengan dia..
Ada masanya aku tolak, sebab aku takut aku nangis.  Tak macho la kalau aku nangis depan dia..

Tetiba dapat berita ayah aku tak boleh hantar dia kat airport, sebab ayah aku dah guna banyak cuti.  Mak saya lagi la sedih.. Dahla anak sulung ari tu pun mak ada hal yang perlu diuruskan, jadi tak dapat nak hantar aku.  Sekarang anak kedua nak pergi lagi jauh dari aku, pon tak dapat nak hantar ke KLIA.  Lagipun, tiket flight dia dari KB ke KLIA dah terbeli..

Aku ingat aku akan pergi minggu depan nak hantar dia,.. ke KLIA, nak tengok dia berlepas.. alih-alih, dia punya masa flight ke sana pada pukul 10 malam hari Ahad.  Hari Isnin, aku ada kuliah.  Bukannya dekat KLIA dari tempat aku ni..  Jauh la jugak kan.. Lagila aku sedih.

Semalam, kat stesen bas… aku banyak elakkan dari bertembung mata dengan dia, takut keluar air putih jernih.  Dia genggam tangan aku erat sangat.  Aku pun sama. Aku takut itu adalah kali terakhir aku jumpa dia.  Mak saya yang melihat pun, saya nampak muka dia nak nangis.  
Lagipun, time cuti raya mak cerita tentang ni.. asal citer je pasal ni, terus aku nangis.. cengeng betul aku kan.. aku tak minta pun dia kuar, dia yang kuar. Aku tak tahu kenapa..  Kadang-kadang mak suka usik aku pasal benda ni, dia dah tahu aku akan nangis.  Aish, mak pun pandai guna kelemahan aku ni..

Nasib baiklah semalam tak nangis depan dia, mak.. kalau tak, malu aku.  Beberapa minit, bas gerak, barula aku nangis..  Pastu bunyi mesej masuk, mesej dia, adik aku..

“minta maaf banyak-banyak, kalau selama ni ada buat salah.. sedih, sebab masa untuk orang(adik) bersama dia (akula tuh) singkat je.. kalau boleh, dia datangla hantar orang kat KLIA nanti.. Bila lagi nak bertemu.. untuk kali terakhir.. Banyak benda yang orang tak sempat nak buat dengan dia. maaf banyak-banyak.”

Warkah aku berhenti di sini sahaja… Madahku yang terakhir..

Pergilah , tunaikan tanggungjawabmu pada umi dan abah..
Jadilah contoh yang baik dan orang berguna suatu hari nanti…
Gunalah peluang sebaik-baiknya…
Sob.. sob.. sob =,(

Saturday, 11 August 2012

Ilmu itu pendiding dada

Sebenarnya.. kita hidup dalam dunia ini .. ilmu paling penting.
Tak kisahla ilmu apa-apapun.
asalkan ilmu..

Tapi kalau tiada ilmu di dunia pun, tak mengapa.
asalkan ilmu akhirat yang akan membantu kita di alam barzakh itu kita lebihkan..
Kerana dengan adanya ilmu itu,
kita tahu apa yang boley kita buat dan apa yang kita tak digalakkan buat..

Kalau dah kahwin nanti..
Harapan si kaum Hawa..
Biarlah si Adam penuh ilmu di dada,
boleh dipimpinnya Hawa ini ke jalan yang penuh barakah..
agar .. masjid yang dibina tidak roboh.
dan terumbang - ambing dek laut yang bergelora..

Janganlah salah guna kuasa yang diberikan,
kerana yang merana dan bermain air mata adalah si Hawa.
Malah, perkataan talak dan taklik dianggap seperti mainan yang boleh dijual beli dan ditarik balik.
sedarkah kamu bahawa itu salah..
Sabarlah duhai hati..

Doaku..
Moga ku bertemu dengan Adam yang penuh ilmu di dada.

ps.. sekali sekala jiwang apa salahnya..
tapi  pengalaman ini benar..di mana kawan ku sendiri yang mengalaminya..
Tabahlah duhai kawan..

Tuesday, 24 July 2012

Fullst0p..





Assalamualaikum..

Rasanya.. title kat atas tu tak ada kena mengena k0t.
yang pasti, tangan ini betah nak menulis..
melakar kata-kata tanpa dihiasi gelombang suara yang nyaring.. (aku la tu.. :P)


Rasanya.. aku lagi banyak kerje k0t..
tapi aku masih mengisi masal terluang aku dengan bendalah ni.. (=_='')
exhibition, educational web, writing port folio.. lagi?? hm.. jual tudung.. lagi?? entah.. tak terkira..

Salah satu ayat yang aku baca dari buku yang aku ada..

Jangan terlalu bercita-cita untuk megerjakan seluruh yang didengar,
Jangan terlalu berharap pada setiap kawan,
Jangan memboc0rkan rahsia kepada perempuan,
Jangan mengerjakan seluruh keinginan..
Hm.. terfikir aku...

Terfikir pula aku.. mungkin apa yang dimaksudkan oleh kata-kata itu..
jangan ngumpat.. 
jangan terlalu berharap pada kawan..
takut apa yang kita inginkan tak sama ngan mereka nak..
jangan boc0rkan rahsia lak...
hm.. ada masanya,, kita perlu pendam je kot.. hiih.
entahlah..

AAaahh.. perempuan.. banyak bermain dengan kata - kata.. air mata..
seperti aku..........
tidak bisa men0lak apa yg orang nak..
tidak bisa berkata tidak..
tidak bisa menggelengkan kepala...
tapi nak buat macam mana .. itu aku.. hihi..

Tapikan.. orang kata orang macam aku ni.. 
suka sangat pendam apa yang dia rasa sorang-sorang..
tapi x taula... orang kata....

Rasa macam nak berlari je.. tapi sambil bawak semua 0mwork yang ada.. 
senang.. kalau penat, berhenti rehat.. boleh la sambung buat omw0rk tu..
pastu.. sambung lari balik... 
nak pusing satu dunia yang bergl0be ni.. 
bumi bulat yang tiada penghujungnya..
dan larian aku pon xkan ada penghujungnya..
tapi of course.. stop, eat, bath n drink... 
gila kau, kalau aku tak makan, minum, mandi.
maafkanlah saya.. ^^_
waras lagi kot aku ni....

Ha.. satu lagi.. kalau korang perasan.. hm.. gaya penulisan aku da differ from before kan?? 
hm.. ntah.. tulis ikut mood.. jadi kalau terkasar bahasa.. mintak maap.. mantak ampon..
orang kata apa.. nak jadi penulis versatil.. hihi.. Kononnya..


Oklah.. semoga bertemu lagi.. hihi.. 
Nukilan aku semata-mata ni.. bosan-bosankan.. (^_^)..Ha.. satu lagi. selamat menyambut ramadhan al- mubarak.

.. 




Sunday, 22 July 2012

kisah ramadhan..





Ramadhan..

Assalamualaikum.. awak sihat?? saya pon.. da tiga hari saya ikat perut sebab awak..
saya sayang awak.. malangnya awak hanya hadir sekali sahaja dalam bilangan 12 tu...
saya sedih..
tapi saya syukur sebab saya masih lagi berluang jumpa awak... =)
Glad that i am still able to see you despite all the hardship that i gone through..

However, i am still not perfect as our Prophet, Nabi Muhammad S.A.W..
still being ridiculous sometimes..
still have a bad behaviour...
still wanna talk bad about people...

But..
still.. i want to change..
being better than before...
try to read al quran and khatam Quran before Ramadhan has to leave..
please don't go..
i am still trying to change and be good to you..
still want to do the things that i can get pahala and add on my ibadah....

Luv U Ramadhan..

P/s.. sediy.. x dapat bangun sahur pg ni... aaa.. terlepas.. sayangnya.. =(

Friday, 6 July 2012

Erti sebuah persahabatan.


    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..
Kalau dilihat pada tajuk besarnya tentu dah boleh teka kali ini apa yang saya akan ulaskan..  Persahabatan..

Tanggal.. 29 Mei, 2011 

aku melangkahkan kaki ke Kolej Harun Aminnurrashid (KHAR. nama glamour.. :P ).. bersama ayah dan adikku, adik lelaki bongsuku. Dan tiada yang lain yang menemani aku lagi.  Perasaan aku pada ketika itu amatlah sedih.  Kebetulan pula, pada hari itu jugalah, adalah hari perkahwinan ibu saudariku.. Di mana, kerna itula ibuku dan adik-adikku yang tidak dapat menghantar aku.  Perasaan sedih itu memang tak dapat dibendung, (maklumla.. anak sulung masuk u tapi mak dan adik-adik tak dapat nak hantar.. sape tak sedih..  :( )  Pada pukul 7 pagi aku sudah bertolak dan pada pukul 2.30 petang aku tiba di KHAR.  Usai mengangkat barang, terus ayah dan adikku bertolak pulang.  Sedih.. Hantar aku dan zoomm.. terus pulang.

Hari pertama aku menjejakkan kaki ke kelas.. malu-malu.. kemudian, kami berbual mesra.. Sejak itu, aku kenal dengan semua orang.  Best, menarik dan tertarik.. hihi.. Bermulanya semester dua, aku mula kenal dengan Nina, Nur, Liya dan Aida dan terbentuklah geng kami berlima.  Macam mana perkenalan kami.. dan bagaimana kami bertemu, aku sudah lupa.. tapi aku ingat yang Aida memang peramah.. (cakap banyak.. pot.. pet.. pot.. pet.. :P )  

Tapi kalau bila datangnya hal-hal lain, bab - bab nak berjalan - jalan ni.. yang onn je ialah aku dan nina.. yang lain.. kena tanya mum and dad.  hihi.. Yang aku kagum, apabila kami merancang nak berjalan-jalan, contohnya nak pergi kl ke.. Kami takkan pergi berlima.. mesti ada lelaki. maklumla, lelaki dalam kos kami tak banyak 9 je.  Itu yang membuatkan kami rapat.  Dan tanpa kami sedar, persahabatan di antara kami amat erat. Kadang-kadang, kalau ada pape pon.. mereka lah yang akan jadi penyampai dan pelindung kami.. (em.. kadang-kadang la.. hihi)





Kemudian.. apabila kami semua menjejakkan kaki di semester tiga ni.  Serius aku boleh puji tahap tolong-menolong antara kami dan lelaki.. Bayangkan adik ku dalam kesusahan, kawan-kawan lelaki aku tolong walhal adik aku orang luar.. i tabik springgg kat u alls..  Malam ni, saya dan geng kecuali aida.. ( aida balik.. ihi) sambut befday nur.. Ingatkan syuk dan mirul dah bagitau yang lain tentang majlis tu.. Alih-alih bila call yang lain, diorang pergi KFC.. tak tahu yang nak sambut bufday.. yang tinggal kat kolej hanya syuk dan mirul.  

"ikhmal kat mana?"

"kat KFC.."

"larh.. bukan ke malam ni kita nak sambut bufdday nur ke?"

"la.. ye ke.. xpe. kitaorang dah nak balik ni.. setengah jam lagi sampai.."

Time tu, kitaorang (perempuan je, ada lg yang lain..).. lepak kat tepi longkang, nak tunggu diorang.  Alih-alih ada geng mamat entah dari mana.. budak sem 1 kot.. kuang ajo giler.. pergh.. aku pun hantar la mesej kat ikhmal..

"em.. korang datangla cepat sikit erk.. kitaorang dah kena kaco ni.. dah takot da ni.."

Tak lama tu , terus Ikhmal call.. tapi Zaki yang cakap..

"Korang kat mana??!"

"Tengah tunggu korang r.. kat longkang.."

"lah.. dah tu, duduk kat situ, memang la kena kaco .. dah la pergi duk tempat lain.. kejap lagi kitaorang sampai, dah tak lama dah.."

Serius, kami macam... wa.. protective nyer.. Memang best r ada kawan macam korang.. Kitaorang pon blah r.. apa lagi.. ihih... then , mereka sampai pastu kitaorang celebrate dengan happynya.. walauupun, Ikhmal mengalami kecederaan di mana lelaki-lelaki mengejar beliau untuk menconteng krim di muka lalu beliau jatuh meniarap.. dan.. jeans beliau koyak.. adush.. konpem sakit...
 hm.. nak letak gambar tadi.. itupun dalam fon amirul... ingat nak upload dah tadi..

Tapi serius.. em.. bila dengan korang.. all of you, boys and girls.. memang setia pada persahabatan.. dan aku kagum.. aku juga telah banyak termakan budi korang.. terima kasih. dan maaf salah dan silap.. terima kasih atas segala apa yang korang sumbangkan..






P/s.. sorry aida .. ada gambar mg.. takot tak berkenan je.. nanti kalo nak suruh aku remove gtau k.. hiih

dan kepada ibuku.. insyaallah saya akan ikut apa yang mem katakan pada saya walaupun kekadang saya buat juga..
nak tahu ke?? em.. hari tu, ada telefon mem.. mem memang tau saya kawan dengan laki-laki.. tambah - tambah classmate r.. kalau dulu terkejut kot tetiba kawan laki sampai depan rumah, cakap nak kenal rumah dan pastu boleh r datang lepak, ada yang nak mintak duit raya lar....

"kak, kita kalau berkawan dengan lelaki berpada-pada kak.., kita cakap, kita ketawa dengan dia, semua itu aurat.. umi tau anak umi macam mana, elok, baik .. tapi kalau dah berkawan.. hm.. macam tula dia.. ingat, yang haram tetap haram, jangan nak lawan hukum Tuhan."

Zuupp.. terlekap kat hati ini.. terasa kot.. aku tahu ada kalanya, aku terlepas dan tak sedar.. (0ppss.. bukan sentuh-sentuh beb).. bukan.. maksudnya.. entah.. mungkin dari segi percakapan dan serius aku memang banyak gelak bila ngan diorang.. hiih.. korang kalau jumpa aku, korang tau la aku macam mana. jangan nilai aku kalau korang tak kenal aku.. ini hanyalah penulisan ku semata-mata..

Sekian.. terima kasih.. maaf salah dan silap.. sorry bahasa salah dan kasar.. kadang-kadang .. menulis ni susah jugak erk...

Saturday, 30 June 2012

Pengalaman

Assalamualaikum.. tanggal 30 Jun 2012, pada pukul 9.15pg.. saya and the geng bergerak ke kl..  ha.. sebelum itu, malam tu ada mesej dengan adik, dia nak ikut juga.. jadi apa salahnya.. Jom..

Tujuannya nak ke PWTC.. sebuah karnival keusahawanan dan kerjaya was held there.. jadi, pusing punya pusing, until we get bored and finally, we were extremely hungry.. Jadi, adik saya tunjuk jalan pergi mall depan PWTC tu..  Ok..Alhamdudillah.. Kenyang..

Ha, lagi.. :P. Sebelum itu, kawan saya punya kawan ada juga join.. lelaki.. very friendly..  dia tanya..

"Korang ada nak pergi mana - mana tak lagi?"

"Entah, suka hati r. Ko nak bawa kitaorang p jalan-jalan ok gak."

"hm.. ok.. korang nak pergi shopping ke? window shopping ke? ke nak jalan-jalan? ataupun korang nak pergi kat tempat yang dengar-dengar muzik dan enjoy gitu?"

Kitaorang macam tergamam.. Kawan saya yang sorang lagi terus potong dia cakap..

"tak, tak.. kitaorang tak pergi tempat macam tu.."...  aku.. Gulp.. telan air liur dalam-dalam.. ada ke patut..

Then, adik saya berbual dan tanya dia..

"Selalunya masuk hostel pukul berapa?"

"em, pukul 3 pagi.."

Adik saya macam pelik..

"Asal lak pukul 3 pagi??"

"Dah, habis clubbing pukul 3 pagi.."

Saya dah macam.. haish.. mamat ni.. dasyat nya.. fuhh....
Tetiba terfikir.. ingatkan dalam novel je ada clubbing, (memang la ada orang pergi.. tapi kita kan tak pernah alami benda-benda tu..).. rupa-rupanya, di dunia sebenarnya ada banyak benda yang berlaku... dan banyak yang saya tak tahu tentang dunia ni sebenarnya..

Pastu, dia bawa kami semua pergi Bukit Bintang.. Rupa-rupanya pergi Pavilion. Serius.. saya tak pernah jejakkan kaki saya di sana. Bila sampai je, saya rasa macam terus nak balik.  Takut bila melihat anak - anak muda, melepak sana sini dengan pakaian tak berapa cukup, dan berpusu-pusu ramainya mereka berjalan tanpa menghiraukan lampu isyarat pejalan kaki yang berwarna merah.. (maklumla kain sekarang makin mahal,, lagi koyak, lagi mahal.. itu hipotesis saya, tapi memang betul pun kan.).. Tapi nak buat macam mana, nak jaga hati dia, kami ikutkan saja.  Alih-alih, kami pergi ke Pavilion untuk solat sahaja.. Hhi.. Tapikan serius cantik surau dia.




Bila ingat balik Pavilion, aargghh takutnya.. bukan takut dengan harga barang kalau baju pasar malam rm25, tapi kat sana beribu-ribu.. tapi saya takut dengan perlakuan mereka .. Entahla.. Nak bagi nasihat, diri ini bukanlah baik sangat tapi sekadar sedara seislam.. berubahlah dik.. takut akak nengok.. Tuhan tengok lagi la dik.. akak tak tau nak cakap apa.. (wa.. bahasakan diri akak tu, macam da tua sangat ..hii)

Kami berpisah dengan dia di Low Yat.. jadi, kami pusing di situ sekejap.. dan jalan kaki hingga ke Pudu.. (jimat punya pasal.. ^^_ ) tapi amat penat r..  c0p!! semasa kami nak pergi ke Bukit Bintang tu, kami salah naik train, jadi terpaksa la berpatah balik.  (nak sambung balik ni.. :P ) Jadinya, kami kembali ke PWTC dan  solat di sana dan naik KTM kat sana.

Zoom.. train sampai.. Laju je kami naik tau.

Perhentian pertama.. Batu apa entah..

Perhentian Kedua.. Batu lagi.

Aik??! Macam lain macam je ni.. Adik saya la yang cakap, saya tau naik dan duduk je.. hih

Kawan saya tetiba jerit..

"Eh , kita dah salah train ni. ini train ke Batu Cave, kita kan patutnya Rawang.."

"Patutla rasa pelik, patutnya kita melalui kawasan kekampungan, bukannya ada bandar-bandar ni,," kata adik saya.

Zoom.. laju kita orang turun, iyala.. time tu pukul 8.40malam.. train last ke rawang kul 9 lebih gitu.. kelam kabut kami tau.. Nak naik bas pon.. bas yang terakhir pon pukul 9 gak..  Nasib baikla, kami sempat berpatah balik dan train ke rawang pon sampai beberapa minit ketika setelah kami sampai.. Memang nasib baik dan nasib baik sempat.. Syukur.. Alhamdudillah. :)

Dalam train.. semua tidur.. penat sangat.. kecuali saya dan 2 orang kawan.. seronok beno tengok kawan saya yang dua orang tu snap, amik gambar orang yang tengah tidur tu.. hih.. alhamdudillah.. kami berjaya sampai di tg malim pukul 23;00.. hm..dalam lingkungan tu r.. Nasib baikla, kawan saya offer adik saya bermalam kat sini dan esok dia akan hantar dia ke kkb .. Terima kasih pada semua yang terlibat..  Pengalaman yang tidak sia-sia.. dan best.. ha.. untuk ke Pavilion untuk kali kedua akan mengambil masa yang lama untuk saya berfikir tentangnya.. Cukuplah.. (=_='').. thanks again.. Sekian!