Wednesday, 18 December 2013
Wish
....
......
........
..............
That's showed how the pimples kept fulfilling their empty space on my face.
Sometimes they appeared red, perished and left mark.
So sweet~ Kind of to let me to remember that they once came here, exactly on my my face.
From the meantime, I tried to avoid food which get to turn my face even worse.
"Belacan, Budu, Ayam, Makanan Laut"
and others.
It gets itchy sometimes, perhaps I'm allergic to something.... but I do not manage to find out.
It is so frustrated.
But I still remember my friend said this to me,
"Kalau ada jerawat, itu tandanya muda awak. Pernah nampak orang tua tua ada jerawat kan? Tak de kan"
Hm, at least the words uttered from my friend, make me felt nice and smile.
It is true that, when something wrong with your face, you lose your self-esteem. Well, it happen to me.
How I miss to be flawless again.
And how I wish my speaking skills is good as well as my writing......
. Dot.
The End.
1.18 a.m.
Tuesday, 10 December 2013
Kata-kata
Orang cakap,
"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak sama sekali"
Setuju.
***
Nak buat macam mana, redha jelah.
Monday, 9 December 2013
A Sense Of Humanity
Assalamualaikum,
It took time for my fingers dancing freely on the boards~
Why?
A lot of reasons; Time, Wifi Connection..
Hehe.. Look like I am the one who create the reasons to attain some coherence and coordination.
Amboi, maklumla tadi baru je habis test. Dalam kepala ni, banyak sangat perkataan yang dihafal.
So far, it ends well. Er, hopefully.. Sakan menembak tadi. Tulisan pun "cantik".
Sem yang baru umpama membuka lembaran yang baru. Ikatan persahabatan pula makin erat. Alhamdulillah dan semoga ia berpanjangan. Terasa la plak yang sem ni, aku dah jadi lebih kepoh. Harapan sem baru untuk duduk diam dan jadi pemerhati.
Aissshhh. =__=''
Love my Friends.
*Sedang layan video Matluthfi bersama Hannan Hanina
- 1.01 a.m
- 10 December 2013
Sincerely,
Azyan =)
Friday, 6 September 2013
Lately
Sejak dua menjak ni, aku selalu berfikir.
Macam-macam yang aku fikir.
Mandi tak basah. Tidur tak lena. Cewah. Haha. Nonsense.
Terutamanya tentang ikhtilat aku sendiri.
Ya Allah, banyak yang aku tersasar.
Banyak yang aku lalai.
Mahupun di alam maya.
"Janganlah kamu menghampiri zina.."
Nak tau apa ikhtilat? Mungkin ini dapat membantu anda. Mungkin ini akan membuatkan anda terduduk, merenung masa masa silam anda sewaktu ketika dahulu. Mungkin, sekarang anda sedang memikirkannya.
Tapi bagaimana pula jika kawan berlainan jantina anda sakit?
How should you act?
Oh ye, tentang kawan saya yang sakit. Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya. Namun, selang dua hari selepas itu, dia dibedah sekali lagi sebab apendiks. Kesan daripada operation kat kepala tu, few of his memory dissapeared.
"Kau ingat aku tak?"
"Em, ingat kalau dibaca mesej mesej yang lalu."
"Apa yang kau tak ingat?"
"Belajar. All of them. Aku tak ingat. Nombor pin atm. Blog."
"Ya Allah, habis tu macam mana?"
"Belajar balik. Nombor pin tak tahu"
Semalam dia baru dikeluarkan daripada ICU. Wayar berselirat di badannya. Hidung, mulut, kedua dua belah tangan.
Boleh bayangkan? Subhanallah....
***
Dugaan Allah s.w.t pada kita, kita tak akan pernah tahu. Siapalah kita untuk menghalangnya. Ingat, setiap ujian yang diturunkan Allah s.w.t menandakan Allah s.w.t sayang pada kita semua. Bergantung pada kita untuk melihatnya dari sudut positif dan negatif.
Sakit itu penghapus dosa.
Wednesday, 28 August 2013
Killing Two Birds with One Stone
Last week at MASMED.
My friend undergo surgery.
That is why I call them killing two birds with one stone.
Sad. Happy. Nervous. Gloom. All of them mixed together and blend well.
I'm frustrated as I could not do anything about them. I tend to get angry lately and sad as well.
Perhaps, I am over reacting.
***
har ~ har ~ har~
Pertemuan dan perpisahan itu pasti. La Tahzan. Habluminallah.
Keep du'a. Have faith in Allah. He is the greater one. Not us.
Thursday, 22 August 2013
Sama
Mata tidak lekang memandang adik yang khusyuk membuat kerja rumah mata pelajaran Matematik Tambahan. Sekejap melihat adik mengurut kepala, dagu dan sesekali mengeluh. Tanpa dipandangnya aku di sisi,
"Kakak ni kenapa dari tadi dok pandang ja. Cantik sangat ke saya ni?"
Aku hanya senyum simpul.
"Hello cik Anis, awak tu dah terlebih perasan tuh."
Dia ketawa.
"Anis, akak tengok kan muka kita sama la. Serius. Bayangkan kalau warna kulit kita sama. Patutla kawan kawan awak pun cakap kita sama."
"Akak, apa yang dirancang oleh Allah ni, semua cantik dan sempurna kak. Tak kisah la gelap ke putih ke semua cantik. Lagi pun, kalau kita sama, lagila abah umi tak dapat nak beza. Sekarang ni pun, abah asyik salah panggil je kita ni."
Hm. Bernas. Kepala diangguk-anggukkan tanda setuju.
"Pandai dia menjawab". Desis hati kecilku. Senyuman diukir manis tanda berpuas hati dengan jawapannya.
***
Tamat.
Wednesday, 21 August 2013
If you know ..., what will you do?
Tercongok depan pintu. Ada ilham baru masuk. Terus menuju ke meja yang sering menjadi lapik gadget berbentuk Apple itu. Dibukanya lalu pantas mengatur jari jari runcing untuk merangka kisah.
***
Death.
Everyone must be surprise if he or she knows what year, time, their life would end. We tend to laugh, chuckle, giggle, smirk.. but if we know our death. It must be crowed with people in mosques and musalla, I guess.
Ok. Sekarang dialih bahasanya pulak. Maklumla kita punya Inggeris tidak berkuasa tinggi. Tadi kita dapat mesej kawan. Aku merancang untuk ke Australia bersama geng-geng UTM pada hujung bulan 10 nanti. Dan kawan aku adalah salah seorang daripada penganjurnya dan juga yang berjaya mendapatkan sponsornya. Dan dia jugalah yang menawarkan aku peluang untuk ke sana.
"Weh, nanti kau pergi Aus dengan geng-geng yang lain. Aku tak dapat pergi."
"La, kenapa lak?"
"Doktor tak bagi aku pergi. Kesihatan tak mengizinkan."
"Aik, ada medical check bagai ke?? Ke ada benda yang ko rahsiakan dari aku?"
"Tak de. Biala nanti bagitau terkejut pulak ko."
Pujuk punya pujuk. Beberapa lama kemudian, dia buka kisah sebenar.
"Aku ada barah otak, peringkat awal. Nak operate bulan 12 nanti. Doktor takut kalau aku pergi Aus, ada sesuatu berlaku pada aku sebab Aus time tu musim sejuk."
"Subhanallah.. Bila tau ni? Sape lagi tau?"
"Tahun lepas. Pada malam aku uruskan jenazah arwah ayah aku. Aku pengsan malam tu. Tak de orang tahu. Mama tak tahu. Jika operation itu negative, mati adalah jawapannya."
***
Speechless? Yes, me too.
Tapi, jangan memilih mati sebagai jalan terakhir. Itu semua kerja Allah, bukan kerja kita. Stay strong. Dekatkan diri dengan Allah.. Doa. Aku sarankan bagitau mama kau. Serius. Bukan benda main main. Tapi sebagai kawan, insyaAllah akan aku bantu selagi boleh.
Aus? InsyaAllah. Kalau ada rezeki, ruang dan masa, insyaAllah akan ku jejakkan kaki ke sana.
Tuesday, 20 August 2013
Pening lalat
Tangan kiri dan kanan sibuk melibas libas di sekitar Ipad Apple seiring dengan hembusan nafas untuk menghilangkan habuk pada gadget yang atasnya berbentuk apple itu. Apabila berpuas hati, Ipad Apple itu mula dibuka dan tangan mula melakukan rutin hariannya di atas papan kekunci drama ini.
***
Hendak dimulakan kisah serba salah. Sebab tak ada apa yang menarik untuk diceritakan hari ini. Tetapi, tadi, berjam jam di telefon berbual dengan umi.
Ceritanya begini,
Semalam, ada pasangan pengantin baru kahwin datang rumah. Setelah diperhatikan pasangan tersebut, lalu umi menelefonku dan mengatakan;
"Cari suami yang baik-baik."
Hm, bagi aku.. itu istimewanya orang-orang tua. Apa yang dalam mereka boleh nampak, biarpun di dasar. Entah apa yang yang kurang pada pasangan tersebut, aku pun tak tahu.
Nak dijadikan cerita, bukan senang nak cari yang baik-baik. Macam mana caranya, entah aku pun tak tahu. Mungkin firasat hati mungkin. Sebab?
Aku pernah bertanya pada umi, macam mana umi tau yang abah baik? Solat tak tinggal? Kata umi,
"Firasat hati dan petunjuk Allah swt."
Abah pun berpesan, cari yang baik-baik. Bila diaju pada abah, macam mana nak cari. Kata abah,
"Lihatlah caranya dan solatnya."
***
Ipad Apple ditutup. Mulut dimuncungkan. Tangan menongkat dagu. Pokoknya, Azyan tak tahu nak cari macam mana. Hati menangis. Wallahualam.
Sunday, 18 August 2013
Bila hati dah sayang..
.. ada batu, Duumm~ Azyan jatuh terjelepok~
Azyan bangun balik. Pandang kiri kanan. Nasib baik tak ada orang. Azyan duduk melukut di tepi batu. Ipad Apple dibuka. *angan-angan Mat Si Azyan. Tangan mula laju menaip coretan hidup si Azyan.
***
Oi~ Oi~
Sayangnya nak tinggal tempat ni.
Orangnya baik baik.
Itula orang cakap, kita ni..
Biar berbudi dan berbahasa,
Nanti orang akan kenang kenang kita.
Yang paling aku rapat dengan Prof. Madya Rahimah.
Banyak yang dia bantu.
Dan dia sedikit pun tidak lokek nak memberi.
May Allah bless you till jannah. Amin.
Sayangnya nak tinggal semua. Semua baik. Semua prihatin.
***
Ipad Apple mula ditutup. Tangan Azyan basah mengelap air mata.
Sekian al kisah Azyan.
Wednesday, 31 July 2013
Barakah Ramadhan
MASMED UiTM, Intekma Resort.
Tersadarnya aku di sini,
Banyak benda aku belajar,
Walaupun ada pangkat di depan nama,
Prof, Prof. Madya, Dr, Puan,
Namun,
Mereka tak segan silu membetulkan salah mereka,
Tambah-tambah ketika bertadarus.
Setiap petang,
Akan sampainya satu utusan,
Utusan itu ialah juadah makanan,
Bekal untuk berbuka nanti.
Terfikirnya aku,
Mulianya bulan Ramadhan ini,
Semua orang berlumba-lumba mencari pahala,
Sekarang hanya ada masa 7 hari lagi sebelum Ramadhan berlabuh tirai.
Macam mana aku? Anda? Kita?
Alhamdulillah, moga Allah s.w.t redha.
Jom audit diri. Masih belum terlambat lagi.
*Pinjam ayat Prof. Dr. Muhaya. haha
Moga Allah kurniakan rezeki yang lebih pada kita semua. Dan apa yang lebih tu kita boleh bagi kat orang lain. Sedekah orang kata. InsyaAllah.
Tuesday, 9 July 2013
Nafas Baru
Syukur ke hadrat Ilahi,
Aku masih bernafas.
Diberi peluang baru.
Aku tenang.
Alhamdulillah
Salam Ramadhan buat semua.
Biarlah masa silam yang lalu tersisip kemas.
Jadikan ia sebagai pedoman hidup kita kelak.
I'm free.
Wednesday, 3 July 2013
Deep
Hari kedua aku ulang alik dari Wangsa Maju ke Shah Alam.
Semalam, pukul 6.30 pagi aku bertolak dari sana, menaiki LRT, bas kemudian Taxi.
Hari ini, pukul 6.00 lagi aku cuba menaiki LRT memandangkan semalam aku tiba di sini setengah minit lambat dari waktu yang sepatutnya.
Dan hari ini juga aku tiba lewat, tapi ok berbanding semalam. Peningkatan yang bagus walaupun 10 minit lambat.
Dan semalam aku tiba di Wangsa Maju pada pukul 8 malam walhal aku menaiki bas pada pukul 5 petang.
Solat zuhur tadi, aku menzahirkan segala galanya pada Tuhan yang satu..
"Ya Allah, jangalah kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku tanggung. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah."
Petang ini, aku akan ke rumah sewa.. Dan aku tidak tahu di mana letaknya tempat tersebut.
Dan aku,
توکّلت علٰÛŒ الل
Tawakkaltu Ala-Allah, I am putting my trust in Allah and depending on Him.
Sunday, 30 June 2013
Subhanallah
Salam,
Mak aku rajin. Rajin sangat. Serius. Sebab aku pun teringin nak jadi macam mak aku. Tapi anggapan orang lain. Dia anggap bila mak kita macam tu, kita pun akan jadi macam tu. Aku baru nak belajar. Tegur aku dengan cara berhemah.. Namun sebaliknya berlaku.
Aku manusia biasa, punya hati dan perasaan.
Ayat ayat yang dituturkan buat aku amat patah hati..
Aku setuju dengan kata kata adikku..
Jika mahu dibanding banding kan,
Orang kena faham.. Beza umur aku dan mak aku.
Jauh.. Mak aku banyak pengalaman.. Adik seramai 12 orang dibawah jagaannya. Mak aku dibesarkan dengan pengalaman yang begitu banyak di sekelilingnya.
Berbeza dengan aku.
Ini kali pertama aku jauh dengan keluarga dan tanpa kawan kawan.
Kau kena faham itu.
Aku manja. Aku suka nangis. Aku masih lagi mentah.
Sedih bila kau berkata itu ini.. Sedangkan satu pun kau tidak tanya mengapa aku berbuat demikian.
Alasan aku kau tepis.
"Jaga nama baik umi tu"
Ayat tu membuat aku berfikir berkali kali. Teruk sangatkah aku ni. Aku nampak di mata kau penuh kemarahan. Kau membuat aku terkedu sebab.. aku tak sangka
Semalaman, aku tidur bertemankan air mata.
Pagi ini pun sama.
Bekerja sambil mataku bengkak. Kebetulan pula aku diberi cuti khas oleh Allah swt.
Aku ingin mengadu padaMu Ya Allah..
Moga Allah swt redho. Dan tabahkanlah hatiku Ya Allah..
Tuesday, 25 June 2013
1, 2, 3 and so on..
Eventually, I have seen a few of my friends. eh no. a lot of them are hoping that 3 month would end soon. Hoping the day would turn white and black promptly. Without any delay. For me, I chuckle when I see their post. But not too long. I will screaming quietly deep in my heart as I also feel the same.
Day by day, I open my phone and click on the calendar, just to see and counting the days left to be here. Being here, I realize that study is always fun although I would be torture by the tests, FINAL EXAM and so on. Because there would have friends beside you. After all, when you are away.. there is no one can help you including your friends. That's horrible. You have to take care of yourself and be independent.
But then, we are lucky. Why? Because technology is at the end of your finger ( em. something wrong about the phrase. hehe ) At least, when you open all of your gadgets, by using wifi, you can always WhatsApp, Chat, Tweet your easily. Ignore the distance. Make it easy, friends. So, although I am far far far away, I feel that they are close to me. =)
Hopefully, the 3 month would end. Soon. Soon.
Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bi’khair.
Ya Allah, make it easy and do not make it difficult. Ya Allah make it end well. Ameen
Sunday, 23 June 2013
Gugur
Hati ini terkilan. Sayu rasanya apabila banyak media massa melontarkan hal hal gugurnya ramai anak anak muda si luar sana.
Dalam hati kecil ini, aku tertanya-tanya, adakah aku juga akan berakhir dengan sedemikian? Subhanallah.. Takutnya Ya Allah.. Nauzubillah min zalik, نعوذ بالله من ذلك.
Semalam Nifsu Syaaban. Aku kesal kerana aku tidak berpuasa pada siang hari. Aku tidak tahu dan aku alpa.. Ya Allah, sedihnya. Mujur ada adik yang mengingatkanku tentang perihal ini. Alhamdulillah, pada malam harinya aku berusaha juga untuk bangun. Tenang rasanya. Hilang segala masalah di dunia ini buat seketika.
Jerebu merupakan salah satu tanda akhir kiamat. Aku baru tahu tentang hal itu. Dan aku terkedu. Rupa rupanya dalam surah ad-dhukan ( if I'm not mistaken ), banyak yang diceritakan tentang asap-asap tebal ini. Subhanallah..
Akhir-akhir ni, ada satu yang membelenggu fikiran. Jika aku tekad, aku harus kuat. Jika aku lemah, apa yang bakal aku buat itu tidak akan terjadi. Sekian.
Oh ya. Ramadhan is loading. Yeay~!!
Tuesday, 18 June 2013
Secebis Ilmu
Salam dihulur dahulu sebelum patah kata disusun,
Assalamualaikum,
Apa khabar?
Tadi singgah baca blog kawan. Jumpa ni. Terus di"kopi" untuk dikongsi bersama :
Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka.
Katakanlah kepada mereka,
“Janganlah kamu rasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,
sebenarnya Allah yang melimpahi nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada
keiamanan, jika kamu orang yang benar.”
(Al Hujurat:17)
“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang
salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
(albaqarah:42)
Ayat yang ini yang paling melekat dengan aku. Sebab, ye betul.. Aku banyak menidakkan apa yang benar.. Ya Allah, takutnya.
Contoh :
"Eh, dia tak pakai tutup aurat dengan sempurna tapi dia solat ea."
"Ok la tu. At least dia solat, kalau dia tak solat langsung?? Ha.. Mana la tau, lepas ni Allah bagi hidayah pada dia."
Anda boleh nampak di situ?
***
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya
sebagai tuhannya,
dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya?
Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah
(membiarkannya sesat).
Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”
(al-jatsiyah ayat 23)
Akhir kata.
Aku takut....
Dan betulkanlah aku andai aku salah mentafsir makna-makna ayat tersebut. Aku juga insan yang ingin belajar seperti kalian di luar sana.
Dan betulkanlah aku andai aku salah mentafsir makna-makna ayat tersebut. Aku juga insan yang ingin belajar seperti kalian di luar sana.
Sunday, 16 June 2013
Internship
Assalamualaikum,
Sudah lama agaknya tangan ini tidak menari-nari di ruangan blog ini.
Kadang-kadang aku ketandusan idea.
Cari. Cari. Cari. Namun tidak ketemu jua.
Namun kali ini, ingin juga aku berkata sepatah dua kata.
MASMED UiTM, Intekma Resort.
Itu ialah di mana tempat aku sedang berpraktikum sekarang ini. Pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuhi bersama kawan-kawan, Nur dan Nik sebelum Allah s.w.t tetapkan aku di sini. Sesungguhnya percaturan Allah s.w.t itu tiada siapa yang tahu. Lain yang dirancang, lain yang terjadi. Itulah yang berlaku pada diri ini sekarang.
Pada tarikh 10 Jun 2013, aku menjejakkan kaki sebagai pelajar singgahan atau pelajar praktikal di sini. Orang putih cakap, "So far, so good.". Namun, bila aku meneliti semula diri aku ini.. Aku lebih cenderung kepada Bahasa Melayu, dan bukan Bahasa Inggeris. Mungkin dengan menggunakan peluang ini, akan ku selidiki lagi apa yang kurang dan apa yang lebih dalam diri ini.
Sepanjang aku berada di sini. Dalam seminggu lebih, tidak banyak benda yang dilakukan oleh aku. Hinggakan Dr Rohana, mencadangkan aku agar aku menyertai Pertandingan Menulis Satu Malaysia. Kemudian, laporan aku dibetulkan agar aku ada kerja untuk dilakukan. Kelakar rasanya. Sebenarnya, Dr Rohana menunggu seorang lagi pelajar praktikal di mana apabila adanya dia, barulah kami dapat berbincang dan akan ada banyak kerja menyusul.
Namun begitu, dalam manis ada pahitnya. Begitu juga aku. Bila kita tinggal dengan seseorang itu, segalanya akan terbongkar. Buat masa sekarang aku masih lagi bertahan dan semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya dan tabahkanlah hatiku Ya Allah.
Monday, 1 April 2013
Cuti
Start je cuti.. Tak tau nak buat ape.
For a week, I had abandoned social networks.. Err.. Perhaps. But I really did it.
There are nothing much I could do. Hm, for instance, if I want to watch tv. I have to play hide and seek first.
It is hard to watch my favourite movies or drama at home. At night, my dad would conquer the TV. He won't allow me to watch the TV if his favourite movies are on the show.
Anyway, lately. rezeki kian murah sejak akhir akhir ini.. Alhamdulillah..
Ummi asyik dapat tempahan je..
Jadi buat masa sekarang.
Saya adalah asistant ummi~~!
=)
Tuesday, 19 March 2013
Unsecure
Sekarang ni, rasa macam ramai je yang aku kenal dalam laman sosial.
Facebook, Twitter, Blog
Rasa macam ada je mata-mata ataupun itu hanyalah mainan perasaan aku semata-mata.
Nak update apa apa pun, kena fikir.
Perasaan orang tak boleh main-main, kalau orang tu terasa..
Dan kalau dia tak maafkan kita.
Bukan ke berdosa tu.
Jadi, hati hati.
Dan aku rasa "unsecure" dan "unsafe".
Wednesday, 13 March 2013
Truth or Dare
Why you always burden yourself for something that is not worth to?
Have you heard this,
"If something is not worth fighting for, then it is not worth keeping."
I definitely agree with that point~!
Oh yeah!
Truth or Dare.
This is a nice game for you to play. It is very challenging and sometimes you need to think hard when you are about to answer the question.
Anticipation and Curiosity.
That's how you feel when you play this game. Your eyes keep moving to right and left. Makes your heart to beat faster than usual. And the only hope that you want is, "Don't Ever Pass Me the Bottle" or "Hopefully, I'm not the chosen one "
Interesting, right?
Blown Your Feelings Away.
Of course, in this game, you would hear something that you aren't expected to hear. Thus, be prepared to hear all the harsh words guys. You might need something else in order to blow the great clouds away~
Sincerity
The best thing from this game is everyone would try their best to be sincere and genuine. Although it is harsh for you, at least your friends try to be sincere. Appreciate that. I tell you, It's hard to tell the truth.
~ Lady doth protest too much ~
~ It means that when someone denies something too much and too often, they're usually lying. They've done whatever it is they're accused of and trying too hard to cover their tracks. ~
Monday, 11 March 2013
Huda
Last night, I got a phone call from my friend, my precious friend called Huda, Nurul Huda Yaakob.
12.59 a.m.
Monday.
11 of March 2013.
Semalam, memang aku dah tekad. Walau macam manapun, aku memang nak habiskan asaimen English Language Camp. Tapi yang group je, yang individu, I let it hold cause I don't want to burden myself as I have to finish up two works in a time.
Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari Huda, gembiranya~
Kami berbual lama. Sejam. Dari pukul 12.59 a.m sehingga pukul 1.05 a.m. Dia memang seorang yang amat matang. Walaupun, kami sebaya. Tapi gaya pemikiran dia lagi berintelektual dan matang. Kadang-kadang kalau aku ada masalah, memang aku akan cari dia. Aku dan Huda kenal dari Plkn. Alhamdulillah, persahabatan itu tidak putus sampai sekarang. Kata dia, persahabatan jarak jauh sebenarnya mengutuhkan lagi persahabatan kami. Tengok ayat dia. Power kan?
Aku senang dengan gaya dia. Dia seorang perahsia, tambah tambah kalau melibatkan perasaan dia. Tapi dia memang nakal. Kalau dia dah dapat modal nak kenakan kau. Habislah kau.. Seingat aku, aku pernah cerita kisah sedih aku kat dia. Muka dia masa tu, kosong. Tak ada reaksi langsung. Macam tak ada perasaan.
Aku rasa aku je kot yang beria-ia mengalirkan air mata pada ketika itu. *kelakar la pulak.
Tiba-tiba semalam dia bocorkan rahsia. Malam tu, selepas dia mendengar cerita aku.. dia pun hampir nak menangis, tapi bila melihat aku menangis, dia cuba tahan dan kontrol. Tak mahu lihat aku patah semangat. Balik dorm malam tu, rupa rupanya.. malam itu dia tidur dengan berendam air mata memikirkan masalah aku. Maaf Huda, aku tak tahu pasal tu. Dan maaf sebab aku tak pernah ambil tahu.
Aku rasa aku je kot yang beria-ia mengalirkan air mata pada ketika itu. *kelakar la pulak.
Tiba-tiba semalam dia bocorkan rahsia. Malam tu, selepas dia mendengar cerita aku.. dia pun hampir nak menangis, tapi bila melihat aku menangis, dia cuba tahan dan kontrol. Tak mahu lihat aku patah semangat. Balik dorm malam tu, rupa rupanya.. malam itu dia tidur dengan berendam air mata memikirkan masalah aku. Maaf Huda, aku tak tahu pasal tu. Dan maaf sebab aku tak pernah ambil tahu.
Cuti yang lalu, kami berkesempatan berjumpa. Dia datang dengan kawan dia. Kata Huda, kawan dia yang tu susah nak bercakap dengan orang yang tak kenal. Tapi bila kawan dia jumpa aku dan menganalisa aku ( cewah ), dia macam dah kenal aku lama dan boleh bergurau. Baguslah macam tu kan? ^___^
Sebenarnya, semalam Huda rasa amat bersalah sebab dia dah melengah-lengahkan masa aku untuk buat kerja. Aku tak kisah pun. Susah nak dapat peluang macam ni. Sebelum mengakhiri perbualan kami, dia bagi satu ayat yang membuatkan aku amat terharu.
"Yan, aku nak cakap satu benda ni, tapi kau jangan la perasan lak.. "
"Ape dia?"
"Aku anggap kau kawan baik aku."
My world turned blank.
Speechless.
:::.. I did it. The assignment.
I managed to finish it by 4 o'clock early in the morning.
:::.. Thanks Huda. I appreciate it. =)
Thursday, 7 March 2013
3.55 a.m
Akhirnya..
Aku berjaya siapkan semua assignments aku.
Tapi aku takut, kualitinya tak seberapa.. Kerja last minute.
Ini memang kerja paling gila yang pernah aku buat.
Tak pernah pernah aku buat macam ni.
Menakutkan.
Untuk sem ni, aku akui,
Full of surprise and havoc.
Yang berjaya,
Azyan Aman~
Tuesday, 5 March 2013
Serba Salah
Kenapa dia macam tu? Salah aku ke? Sebab aku ke? Hm. Banyak benda yang aku tak faham. Permintaan dia, membuatkan aku jadi serba salah. Tambah-tambah bila ianya melibatkan duit. Why she has to mention "Manis di muka, belakang macam ape je."? Statement ni menakutkan aku.
Tapi tidak mengapa, untuk perkara tu kita abaikan. Masalah boleh settle~!
***
Tomorrow is the big day for me and friends. Tapi, aku dapat merasakan diri aku tak sihat. Dari pagi sampai ke petang, pening kepala aku tak hilang-hilang. Nak kata demam, tak jugak. Normal je suhu aku. Mungkin perasaan aku. Tapi sampai sekarang pun aku masih pening pening. Aku takut yang aku tak mampu memberikan yang terbaik pada hari esok. Doaku;
"Ya Allah, sihatkanlah tubuhku, sejahterakanlah kedua dua ibu bapaku dan semoga aku tabah menghadapi hari esok."
Amin.
Monday, 4 March 2013
Kenapa?
Cabaran. Datang dan pergi. Yang paling sakit ialah bila ia melibatkan kita semua. Sebuah ukhuwah yang dinamakan persahabatan. Kenapa kita saling bertengkah pada perkara yang kecil dan tiada pulangan manfaat pada kita? Kenapa masih nak mempertahankan hak? Kenapa tiadanya toleransi antara kita?
There is no point of arguing. All you get is zero. Why you have to brag all the things around? Don't dwell on the past. It causes a lot of pains; to me of course. Until when do you have to act like this? I'm really sick of it and I'm tired enough to play on your games.
Sincereley,
Azyan...
Friday, 1 March 2013
Dah biasa
Sejak aku bersekolah lagi,
Aku tak dipandang,
Aku disuruh,
Aku ditikam dari belakang.
Kadangkala aku diejek,
Menjadi yang terendah dari yang lain,
Dapat markah rendah,
Dimarah tak tentu pasal.
Tapi, aku pekakkan telinga. Bukan kau yang aku nak jaga. Bukan kau yang akan jaga aku nanti. Benda ni semua buat aku jadi dah biasa. Aku dah lali dengan benda ni. Kehidupan adalah satu cabaran. Take it or leave it. Tapi satu je, aku tahu Tuhan ada untuk aku. Allah s.w.t.
Dulu, aku sangka aku dapat,
Tapi sekarang Tak sangka aku dapat.
Padahal dulu, aku memang .. "bawah"
Alhamdulillah.
Aku berjaya.
Mungkin berkat doa ibu ayah aku.
Terima kasih Allah S.W.T.
Tapi kali ni, dugaan datang menduga lagi.
Tapi tak pe, sebab aku dah biasa.
Kerana aku tahu Allah S.W.T ada dengan aku. Dan aku perlu setia padaNya.
Wednesday, 27 February 2013
Gerimis
Hari ni.. serius aku penat. Ditambah dengan panas menerik dari pagi hingga ke petang. Dalam tengah hari, matahari sudah memancar dengan terik, memaksa aku untuk mengehadkan penglihatan ku. Mata yang bulat ini terpaksa dikecikkan. Sepet.
Ada pula kerja yang perlu diselesaikan di selesaikan oleh aku. Aku rasa, perjalanan aku di sekitar kampus seolah-seolah seperti aku berjalan di tempat yang sama. Tambahan pula, kedudukan blok blok akademik jauh di antara satu sama lain. Kaki melangkah lagi. Langkah dan langkah lagi.
Tapi....
Bila waktu senja hampir menjengah tiba,
Suasana sejuk mula berasa,
It's raining~! Oh Yeah.. Oppss.. Alhamdulilah comes first.
Alhamdulillah. Seems that all my tiresome day have gone away~~~~
I think I have abandon a lot of hikmah and nikmat in Islam.
I do mutter a lot lately..
I am sorry for my misbehave lately.
| Mianhe.. *I'm sorry |
Tuesday, 26 February 2013
Kekesalan yang tiada akhirnya
Minggu pertama,
"Assalamualaikum, akak balik tak minggu ni?"
"Tak boleh la, ibu.. akak malas nak balik. Duk kat sekolah je la."
"Betul tak nak balik?"
"A'ah"
"......"
Minggu kedua,
"Assalamualaikum, minggu ni akak balik tak?"
"Ibu, akak tak balik, pergi rumah kawan! Dia ajak akak dengan kawan-kawan yang lain. Boleh?"
"Tapi.. Tak pelah. kalau akak nak pergi, pergilah."
"Assalamualaikum, akak balik tak minggu ni?"
"Tak boleh la, ibu.. akak malas nak balik. Duk kat sekolah je la."
"Betul tak nak balik?"
"A'ah"
"......"
Minggu kedua,
"Assalamualaikum, minggu ni akak balik tak?"
"Ibu, akak tak balik, pergi rumah kawan! Dia ajak akak dengan kawan-kawan yang lain. Boleh?"
"Tapi.. Tak pelah. kalau akak nak pergi, pergilah."
***
Sepanjang Hanis berada di asrama, kekerapan Hanis pulang ke rumah boleh dibilang dengan jari. Walaubagaimanapun, dia cemerlang dengan pelajarannya. Nasihat ibu dan ayah masih terpahat. Belajar rajin-rajin. Jangan malas.
"Ibu, akak dapat tawaran ke oversea~!"
"Ye?! Syukur, Alhamdulillah.." Tangan diraup ke muka mengucapkan syukur pada Yang Esa.
***
A-level di Malaysia selama 2 tahun sebelum fly.
"Akak, minggu depan akak cuti kan? Kata ibu si Anom, Anom balik. Akak?"
"Akak, minggu depan akak cuti kan? Kata ibu si Anom, Anom balik. Akak?"
"Ibu, akak tak balik.. Bukak-bukak cuti je terus exam. Banyak lagi tak baca ni."
***
Dua tahun kemudian,
Kesal rasanya. Ibu. Ibu. Ibu.. Biarpun dipanggil berulang kali. Namun, hampa. Yang pergi tidak akan kembali. Suasana dingin dan sepi di Sydney menyebabkan Hanis terimbau kenangan dulu. Sikap dia yang pentingkan diri.. Dia gagal. Gagal untuk menunaikan permintaan ibunya, biarpun diminta berkali-kali. Seminggu selepas ibunya menelefon, tiada pula khabar daripada ibunya. Kebiasaannya, ibu akan sentiasa menelefon.
"Assalamualaikum, ibu.."
"Hanis. Ni aku Anom. Kau tak balik ke? Mak kau.. mak.. kau. jatuh dalam bilik air tadi.. Sekarang kat hospital... Tenat."
Telefon bimbit terlepas dari genggamannya. Pantas Hanis berlari.. untuk pulang. Doanya, moga dia sempat untuk bertemu dengan ibunya.
6 jam perjalanan...
Kepulangannya disambut dengan kehibaan. Ibunya telah melepaskan nafas terakhir setibanya di hospital.
Ibu, maafkan akak..
Friday, 22 February 2013
Minggu Bahasa
Assalamulaikum pembuka bicara,
When I was in a boarding school, I intend to participate in all of the activities which all of the college would be participate. I was very enthusiastic back then as was able to see the colleagues from all the colleges. Love to see they dressed themselves, the rules, customs and of course I would land my gaze to the charming guys outside there. Haha.. Just peeping around. Such a coward. Moreover, the competition also would be held at others colleges in few days. Ha.. that's what make me felt more happier as I could get out from my school.
Actually, I was totally wrong. Nawaitu aku pada masa tu dah salah. Mungkin sebab itulah, aku tak pernah berkesempatan untuk menang. Tapi tidak mengapalah, pengalaman mendewasakan kita.
Form 1, aku masuk pertandingan Choral Speaking. Budak-budak. Belum tahu apa-apa lagi. Dan kami berjaya, menang walaupun tempat ketiga. Itupun dah bernasib baik. Maktab yang menang pada masa tu, Mrsm Kk (Kuala Krai).. They deserved to be number 1. Memang menarik. Conductor dia memang best. Pelbagai gaya dan aksi. Serius.
Form 2, tak tahulah kenapa.. untuk yang ni tak banyak memori aku pada masa ni. Tapi aku masih masuk pertandingan Choral Speaking. Namun, malangnya, peraturan telah diubah. Disebabkan Choral Speaking merupakan pertandingan yang mempunyai peserta yang ramai, jadi.. bermula pada tahun inilah, 2007, guru hanya perlu menghantar rakaman sahaja. Memang sedih masa ni. Kami semua dah tak berpeluang untuk pergi ke mrsm lain.
Form 3, untuk minggu bahasa yang ni.. memang aku paling ingat. Kali ni, bertempat di Mrsm Kopu (Kota Putra). Malu, memang malu semalu malunya. Kali ni, aku masuk Sajak. Berlatih dengan abang Rais bukan main. Cikgu Sarimah sanggup belanja air jawa untuk kami berdua. Nak jaga suara. Kononnya. Masa ini, aku memang dikenali senior-senior terumanya f5. Bukan nak riak, kebenaran. Haha. Tak adalah. Abang Rais f5, dia memang rapat dengan kawan-kawan dia. Tiba hari pertandingan, orang lain pakai biasa-biasa je. Kawan-kawan aku dan Cikgu Sarimah semangat suruh aku make up. Aku dengan make up, memang tak sebati. Aku lari jauh-jauh. Mereka tangkap aku. Aku terpaksa menyerah. Ditambah pula mereka suruh aku pakai selendang di kepala. Dan aku dapat tahu aku adalah peserta last dari 20 orang peserta. Abang Rais peserta ke 5. Bila aku tengok orang sampaikan sajak..
Baru aku tahu, "Owh, macam ni sajak rupanya."
Dan aku tidak pula diajar untuk berbuat demikian. Makin berdebar aku dibuatnya. Tiba-tiba nampak muka orang-orang yang aku kenali.. f5, geng kecoh.. Abang Azim, Kak Mila, Kak Wajihah dan so on.. aku dapat bayangkan apa yang berlaku..Akhirnya, giliran aku..
Sajak;.....
Nukilan;...
Apakah yang sempat kita kutip,
Nenek moyang....
First stanza. Tiba-tiba Suara aku pecah.. Gelak ketawa kedengaran. Kuat.. mereka (geng-geng f5) sedang gelak dengan kuat. Aku rasa muka aku merah padam time tu. Tapi aku teruskan juga. Kebetulan, ada abang yang join sajak dari Mrsm Pc (Pengkalan Chepa) whispered.. "Teruskan..". Wah, sambil aku pandang dia, aku senyum. Oh yea, dia pun baca sajak macam aku jugak. Kemudian, bila aku pandang di sebelah kiri, aku lihat geng geng tu sedang melambai lambai dan buat muka pada aku. Serius, aku nak gelak. Tapi aku cover. Selepas itu, aku dah tahu memang tak ada harapan untuk menang. ==''
Form 4, dalam minggu bahasa, pertandingan yang paling kemuncak ialah Drama Fest, an english drama. Dan aku terpilih untuk menyertai pertandingan setelah sesi uji bakat oleh teacher dibuat. Aku memang menaruh harapan untuk menang kali ni, sebab aku memang suka berlakon. It was held at Mrsm Pasir Tumboh. Dalam satu team drama ada 14 orang sahaja. Sengit sekali. Namun, malangnya kami tak menang. Kata pelajar dari mrsm lain.. mereka mempersoalkan kenapa kami tak menang. Sangat best. Kata juri, certain scene kami ganas dan penuh aksi.
Tapi bila difikirkan kembali. Aku malu pada ketika ini kerana apa yang dilakonkan oleh aku jauh tersasar dari kehidupan aku yang sebenar. Ditambah pula aku memegang watak boyish. Aku malu. Aku insaf. Aku buta. Tuhan, ampunilah aku..
Dan aku juga join Nadwah Islamiah di Mrsm Kkb (Kuala Kubu Bharu). Masuk pidato. Aku dah bagitau Ustaz Azlan, aku tak boleh berpidato. Tapi ustaz kata, aku boleh. Ada lima topik diberikan. Aku bersedia. Namun, malangnya bila hari kejadian, aku tidak dapat berkata-kata. Setelah ucapan kata kata aluan, terus aku ucapkan sekian terima kasih. Sebab? Tajuk yang aku dapat terlalu panjang. Aku tidak dapat mengingatinya walau sedikit pun. Biarpun peluang telah diberi sebanyak dua kali. Maafkan saya Ustaz Farhan dan Ustaz Azlan. Selepas itu, air mata berhamburan. Terima kasih Ayu, Aishah, Hanif, Haikal kerana memberi kata-kata semangat pada ketika itu.
Form 5, pada masa ni, aku ingatkan aku dah tak nak join apa apa dah. Aniss dan Affiq, kawan aku ajak aku join debat. Aku tolak. Aku tak boleh berdebat. Khuatir aku akan dipengaruhi emosi. Alih-alih Cikgu Haizom masukkan nama aku dalam Forum. Bila hari pertandingan tu, kawan aku dari Terengganu.. tetiba terkeluar loghat Terengganu dia. Masa ni memang kelakar. Yang peliknya, dia jarang tau cakap terengganu. Dan aku sendiri, bila sesi soal jawab, aku tak tahu nak cakap apa. Speechless. Reason? Aku tak paham soalan dan ada satu term tu aku kurang jelas. Conclusion, pada masa ni, aku memang nampak hitam je kat depan. Tak apalah kalau tak menang pun. Memang kami salah. (^__^)
Tapi untuk tahun 2010 ni, aku enjoy. Sebab we are seniors. Tambah pulak yang pergi, semua gila-gila.. Alia, Shafiq, Husna~ Haha
Tapi untuk tahun 2010 ni, aku enjoy. Sebab we are seniors. Tambah pulak yang pergi, semua gila-gila.. Alia, Shafiq, Husna~ Haha
Panjang kan?.. Haha. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)