Assalamulaikum pembuka bicara,
When I was in a boarding school, I intend to participate in all of the activities which all of the college would be participate. I was very enthusiastic back then as was able to see the colleagues from all the colleges. Love to see they dressed themselves, the rules, customs and of course I would land my gaze to the charming guys outside there. Haha.. Just peeping around. Such a coward. Moreover, the competition also would be held at others colleges in few days. Ha.. that's what make me felt more happier as I could get out from my school.
Actually, I was totally wrong. Nawaitu aku pada masa tu dah salah. Mungkin sebab itulah, aku tak pernah berkesempatan untuk menang. Tapi tidak mengapalah, pengalaman mendewasakan kita.
Form 1, aku masuk pertandingan Choral Speaking. Budak-budak. Belum tahu apa-apa lagi. Dan kami berjaya, menang walaupun tempat ketiga. Itupun dah bernasib baik. Maktab yang menang pada masa tu, Mrsm Kk (Kuala Krai).. They deserved to be number 1. Memang menarik. Conductor dia memang best. Pelbagai gaya dan aksi. Serius.
Form 2, tak tahulah kenapa.. untuk yang ni tak banyak memori aku pada masa ni. Tapi aku masih masuk pertandingan Choral Speaking. Namun, malangnya, peraturan telah diubah. Disebabkan Choral Speaking merupakan pertandingan yang mempunyai peserta yang ramai, jadi.. bermula pada tahun inilah, 2007, guru hanya perlu menghantar rakaman sahaja. Memang sedih masa ni. Kami semua dah tak berpeluang untuk pergi ke mrsm lain.
Form 3, untuk minggu bahasa yang ni.. memang aku paling ingat. Kali ni, bertempat di Mrsm Kopu (Kota Putra). Malu, memang malu semalu malunya. Kali ni, aku masuk Sajak. Berlatih dengan abang Rais bukan main. Cikgu Sarimah sanggup belanja air jawa untuk kami berdua. Nak jaga suara. Kononnya. Masa ini, aku memang dikenali senior-senior terumanya f5. Bukan nak riak, kebenaran. Haha. Tak adalah. Abang Rais f5, dia memang rapat dengan kawan-kawan dia. Tiba hari pertandingan, orang lain pakai biasa-biasa je. Kawan-kawan aku dan Cikgu Sarimah semangat suruh aku make up. Aku dengan make up, memang tak sebati. Aku lari jauh-jauh. Mereka tangkap aku. Aku terpaksa menyerah. Ditambah pula mereka suruh aku pakai selendang di kepala. Dan aku dapat tahu aku adalah peserta last dari 20 orang peserta. Abang Rais peserta ke 5. Bila aku tengok orang sampaikan sajak..
Baru aku tahu, "Owh, macam ni sajak rupanya."
Dan aku tidak pula diajar untuk berbuat demikian. Makin berdebar aku dibuatnya. Tiba-tiba nampak muka orang-orang yang aku kenali.. f5, geng kecoh.. Abang Azim, Kak Mila, Kak Wajihah dan so on.. aku dapat bayangkan apa yang berlaku..Akhirnya, giliran aku..
Sajak;.....
Nukilan;...
Apakah yang sempat kita kutip,
Nenek moyang....
First stanza. Tiba-tiba Suara aku pecah.. Gelak ketawa kedengaran. Kuat.. mereka (geng-geng f5) sedang gelak dengan kuat. Aku rasa muka aku merah padam time tu. Tapi aku teruskan juga. Kebetulan, ada abang yang join sajak dari Mrsm Pc (Pengkalan Chepa) whispered.. "Teruskan..". Wah, sambil aku pandang dia, aku senyum. Oh yea, dia pun baca sajak macam aku jugak. Kemudian, bila aku pandang di sebelah kiri, aku lihat geng geng tu sedang melambai lambai dan buat muka pada aku. Serius, aku nak gelak. Tapi aku cover. Selepas itu, aku dah tahu memang tak ada harapan untuk menang. ==''
Form 4, dalam minggu bahasa, pertandingan yang paling kemuncak ialah Drama Fest, an english drama. Dan aku terpilih untuk menyertai pertandingan setelah sesi uji bakat oleh teacher dibuat. Aku memang menaruh harapan untuk menang kali ni, sebab aku memang suka berlakon. It was held at Mrsm Pasir Tumboh. Dalam satu team drama ada 14 orang sahaja. Sengit sekali. Namun, malangnya kami tak menang. Kata pelajar dari mrsm lain.. mereka mempersoalkan kenapa kami tak menang. Sangat best. Kata juri, certain scene kami ganas dan penuh aksi.
Tapi bila difikirkan kembali. Aku malu pada ketika ini kerana apa yang dilakonkan oleh aku jauh tersasar dari kehidupan aku yang sebenar. Ditambah pula aku memegang watak boyish. Aku malu. Aku insaf. Aku buta. Tuhan, ampunilah aku..
Dan aku juga join Nadwah Islamiah di Mrsm Kkb (Kuala Kubu Bharu). Masuk pidato. Aku dah bagitau Ustaz Azlan, aku tak boleh berpidato. Tapi ustaz kata, aku boleh. Ada lima topik diberikan. Aku bersedia. Namun, malangnya bila hari kejadian, aku tidak dapat berkata-kata. Setelah ucapan kata kata aluan, terus aku ucapkan sekian terima kasih. Sebab? Tajuk yang aku dapat terlalu panjang. Aku tidak dapat mengingatinya walau sedikit pun. Biarpun peluang telah diberi sebanyak dua kali. Maafkan saya Ustaz Farhan dan Ustaz Azlan. Selepas itu, air mata berhamburan. Terima kasih Ayu, Aishah, Hanif, Haikal kerana memberi kata-kata semangat pada ketika itu.
Form 5, pada masa ni, aku ingatkan aku dah tak nak join apa apa dah. Aniss dan Affiq, kawan aku ajak aku join debat. Aku tolak. Aku tak boleh berdebat. Khuatir aku akan dipengaruhi emosi. Alih-alih Cikgu Haizom masukkan nama aku dalam Forum. Bila hari pertandingan tu, kawan aku dari Terengganu.. tetiba terkeluar loghat Terengganu dia. Masa ni memang kelakar. Yang peliknya, dia jarang tau cakap terengganu. Dan aku sendiri, bila sesi soal jawab, aku tak tahu nak cakap apa. Speechless. Reason? Aku tak paham soalan dan ada satu term tu aku kurang jelas. Conclusion, pada masa ni, aku memang nampak hitam je kat depan. Tak apalah kalau tak menang pun. Memang kami salah. (^__^)
Tapi untuk tahun 2010 ni, aku enjoy. Sebab we are seniors. Tambah pulak yang pergi, semua gila-gila.. Alia, Shafiq, Husna~ Haha
Panjang kan?.. Haha. Sekian, terima kasih.