Wednesday, 31 July 2013

Barakah Ramadhan


MASMED UiTM, Intekma Resort.


Tersadarnya aku di sini,
Banyak benda aku belajar,
Walaupun ada pangkat di depan nama,
Prof, Prof. Madya, Dr, Puan,
Namun,
Mereka tak segan silu membetulkan salah mereka,
Tambah-tambah ketika bertadarus.

Setiap petang,
Akan sampainya satu utusan,
Utusan itu ialah juadah makanan,
Bekal untuk berbuka nanti.

Terfikirnya aku,
Mulianya bulan Ramadhan ini,
Semua orang berlumba-lumba mencari pahala,
Sekarang hanya ada masa 7 hari lagi sebelum Ramadhan berlabuh tirai.
Macam mana aku? Anda? Kita?


Alhamdulillah, moga Allah s.w.t redha.


Jom audit diri. Masih belum terlambat lagi. 
*Pinjam ayat Prof. Dr. Muhaya. haha


Moga Allah kurniakan rezeki yang lebih pada kita semua. Dan apa yang lebih tu kita boleh bagi kat orang lain.  Sedekah orang kata. InsyaAllah.




Tuesday, 9 July 2013

Nafas Baru

 
Syukur ke hadrat Ilahi,
Aku masih bernafas.
Diberi peluang baru.
Aku tenang.
Alhamdulillah
 
Salam Ramadhan buat semua.
 
Biarlah masa silam yang lalu tersisip kemas.
Jadikan ia sebagai pedoman hidup kita kelak.
 
I'm free.
 
 


Wednesday, 3 July 2013

Deep


Hari kedua aku ulang alik dari Wangsa Maju ke Shah Alam.

Semalam, pukul 6.30 pagi aku bertolak dari sana, menaiki LRT, bas kemudian Taxi.

Hari ini, pukul 6.00 lagi aku cuba menaiki LRT memandangkan semalam aku tiba di sini setengah minit lambat dari waktu yang sepatutnya.

Dan hari ini juga aku tiba lewat, tapi ok berbanding semalam.  Peningkatan yang bagus walaupun 10 minit lambat.

Dan semalam aku tiba di Wangsa Maju pada pukul 8 malam walhal aku menaiki bas pada pukul 5 petang.

 Solat zuhur tadi, aku menzahirkan segala galanya pada Tuhan yang satu..

"Ya Allah, jangalah kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku tanggung. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah."

Petang ini, aku akan ke rumah sewa.. Dan aku tidak tahu di mana letaknya tempat tersebut.

Dan aku,

توکّلت علٰی الل

Tawakkaltu Ala-Allah, I am putting my trust in Allah and depending on Him.