Wednesday, 3 July 2013

Deep


Hari kedua aku ulang alik dari Wangsa Maju ke Shah Alam.

Semalam, pukul 6.30 pagi aku bertolak dari sana, menaiki LRT, bas kemudian Taxi.

Hari ini, pukul 6.00 lagi aku cuba menaiki LRT memandangkan semalam aku tiba di sini setengah minit lambat dari waktu yang sepatutnya.

Dan hari ini juga aku tiba lewat, tapi ok berbanding semalam.  Peningkatan yang bagus walaupun 10 minit lambat.

Dan semalam aku tiba di Wangsa Maju pada pukul 8 malam walhal aku menaiki bas pada pukul 5 petang.

 Solat zuhur tadi, aku menzahirkan segala galanya pada Tuhan yang satu..

"Ya Allah, jangalah kau uji aku dengan ujian yang tak mampu aku tanggung. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah."

Petang ini, aku akan ke rumah sewa.. Dan aku tidak tahu di mana letaknya tempat tersebut.

Dan aku,

توکّلت علٰی الل

Tawakkaltu Ala-Allah, I am putting my trust in Allah and depending on Him. 


No comments:

Post a Comment