Sunday, 30 June 2013
Subhanallah
Salam,
Mak aku rajin. Rajin sangat. Serius. Sebab aku pun teringin nak jadi macam mak aku. Tapi anggapan orang lain. Dia anggap bila mak kita macam tu, kita pun akan jadi macam tu. Aku baru nak belajar. Tegur aku dengan cara berhemah.. Namun sebaliknya berlaku.
Aku manusia biasa, punya hati dan perasaan.
Ayat ayat yang dituturkan buat aku amat patah hati..
Aku setuju dengan kata kata adikku..
Jika mahu dibanding banding kan,
Orang kena faham.. Beza umur aku dan mak aku.
Jauh.. Mak aku banyak pengalaman.. Adik seramai 12 orang dibawah jagaannya. Mak aku dibesarkan dengan pengalaman yang begitu banyak di sekelilingnya.
Berbeza dengan aku.
Ini kali pertama aku jauh dengan keluarga dan tanpa kawan kawan.
Kau kena faham itu.
Aku manja. Aku suka nangis. Aku masih lagi mentah.
Sedih bila kau berkata itu ini.. Sedangkan satu pun kau tidak tanya mengapa aku berbuat demikian.
Alasan aku kau tepis.
"Jaga nama baik umi tu"
Ayat tu membuat aku berfikir berkali kali. Teruk sangatkah aku ni. Aku nampak di mata kau penuh kemarahan. Kau membuat aku terkedu sebab.. aku tak sangka
Semalaman, aku tidur bertemankan air mata.
Pagi ini pun sama.
Bekerja sambil mataku bengkak. Kebetulan pula aku diberi cuti khas oleh Allah swt.
Aku ingin mengadu padaMu Ya Allah..
Moga Allah swt redho. Dan tabahkanlah hatiku Ya Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
be strong azyan!
ReplyDeletemekasih.. sape ni ? hana kiyoku??
ReplyDelete