Sunday, 23 June 2013

Gugur



Hati ini terkilan. Sayu rasanya apabila banyak media massa melontarkan hal hal gugurnya ramai anak anak muda si luar sana.

Dalam hati kecil ini, aku tertanya-tanya, adakah aku juga akan berakhir dengan sedemikian? Subhanallah.. Takutnya Ya Allah.. Nauzubillah min zalik, نعوذ بالله من ذلك. 

Semalam Nifsu Syaaban. Aku kesal kerana aku tidak berpuasa pada siang hari. Aku tidak tahu dan aku alpa.. Ya Allah, sedihnya.  Mujur ada adik yang mengingatkanku tentang perihal ini.  Alhamdulillah, pada malam harinya aku berusaha juga untuk bangun. Tenang rasanya. Hilang segala masalah di dunia ini buat seketika.  

Jerebu merupakan salah satu tanda akhir kiamat.  Aku baru tahu tentang hal itu.  Dan aku terkedu.  Rupa rupanya dalam surah ad-dhukan ( if I'm not mistaken ), banyak yang diceritakan tentang asap-asap tebal ini. Subhanallah..

Akhir-akhir ni, ada satu yang membelenggu fikiran. Jika aku tekad, aku harus kuat. Jika aku lemah, apa yang bakal aku buat itu tidak akan terjadi. Sekian.

Oh ya. Ramadhan is loading. Yeay~!!

No comments:

Post a Comment