Sunday, 16 June 2013

Internship

Assalamualaikum,

Sudah lama agaknya tangan ini tidak menari-nari di ruangan blog ini.
Kadang-kadang aku ketandusan idea.
Cari. Cari. Cari. Namun tidak ketemu jua.

Namun kali ini, ingin juga aku berkata sepatah dua kata.

MASMED UiTM, Intekma Resort.

Itu ialah di mana tempat aku sedang berpraktikum sekarang ini.  Pelbagai cabaran dan dugaan yang aku tempuhi bersama kawan-kawan, Nur dan Nik sebelum Allah s.w.t tetapkan aku di sini.  Sesungguhnya percaturan Allah s.w.t itu tiada siapa yang tahu.  Lain yang dirancang, lain yang terjadi.  Itulah yang berlaku pada diri ini sekarang.

Pada tarikh 10 Jun 2013, aku menjejakkan kaki sebagai pelajar singgahan atau pelajar praktikal di sini.  Orang putih cakap, "So far, so good.".  Namun, bila aku meneliti semula diri aku ini.. Aku lebih cenderung kepada Bahasa Melayu, dan bukan Bahasa Inggeris.  Mungkin dengan menggunakan peluang ini, akan ku selidiki lagi apa yang kurang dan apa yang lebih dalam diri ini.

Sepanjang aku berada di sini. Dalam seminggu lebih, tidak banyak benda yang dilakukan oleh aku.  Hinggakan Dr Rohana, mencadangkan aku agar aku menyertai Pertandingan Menulis Satu Malaysia.  Kemudian, laporan aku dibetulkan agar aku ada kerja untuk dilakukan.  Kelakar rasanya. Sebenarnya, Dr Rohana menunggu seorang lagi pelajar praktikal di mana apabila adanya dia, barulah kami dapat berbincang dan akan ada banyak kerja menyusul.

Namun begitu, dalam manis ada pahitnya.  Begitu juga aku.  Bila kita tinggal dengan seseorang itu, segalanya akan terbongkar.  Buat masa sekarang aku masih lagi bertahan dan semoga Allah s.w.t permudahkan segalanya dan tabahkanlah hatiku Ya Allah. 

No comments:

Post a Comment