Friday, 6 September 2013

Lately


Sejak dua menjak ni, aku selalu berfikir.

Macam-macam yang aku fikir.

Mandi tak basah. Tidur tak lena.  Cewah. Haha. Nonsense.

Terutamanya tentang ikhtilat aku sendiri.
Ya Allah, banyak yang aku tersasar.
Banyak yang aku lalai.
Mahupun di alam maya.


"Janganlah kamu menghampiri zina.."


Nak tau apa ikhtilat? Mungkin ini dapat membantu anda. Mungkin ini akan membuatkan anda terduduk, merenung masa masa silam anda sewaktu ketika dahulu.  Mungkin, sekarang anda sedang memikirkannya.



Tapi bagaimana pula jika kawan berlainan jantina anda sakit?

How should you act?

Buat masa sekarang, itu yang bermain di fikiranku.

Oh ye, tentang kawan saya yang sakit. Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya. Namun, selang dua hari selepas itu, dia dibedah sekali lagi sebab apendiks.  Kesan daripada operation kat kepala tu, few of his memory dissapeared.

"Kau ingat aku tak?"

"Em, ingat kalau dibaca mesej mesej yang lalu."

"Apa yang kau tak ingat?"

"Belajar.  All of them. Aku tak ingat. Nombor pin atm. Blog."

"Ya Allah, habis tu macam mana?"

"Belajar balik. Nombor pin tak tahu"

Semalam dia baru dikeluarkan daripada ICU.  Wayar berselirat di badannya. Hidung, mulut, kedua dua belah tangan.

Boleh bayangkan? Subhanallah....

***

Dugaan Allah s.w.t pada kita, kita tak akan pernah tahu.  Siapalah kita untuk menghalangnya.  Ingat, setiap ujian yang diturunkan Allah s.w.t menandakan Allah s.w.t sayang pada kita semua.  Bergantung pada kita untuk melihatnya dari sudut positif dan negatif.  


Sakit itu penghapus dosa.