"Assalamualaikum, akak balik tak minggu ni?"
"Tak boleh la, ibu.. akak malas nak balik. Duk kat sekolah je la."
"Betul tak nak balik?"
"A'ah"
"......"
Minggu kedua,
"Assalamualaikum, minggu ni akak balik tak?"
"Ibu, akak tak balik, pergi rumah kawan! Dia ajak akak dengan kawan-kawan yang lain. Boleh?"
"Tapi.. Tak pelah. kalau akak nak pergi, pergilah."
***
Sepanjang Hanis berada di asrama, kekerapan Hanis pulang ke rumah boleh dibilang dengan jari. Walaubagaimanapun, dia cemerlang dengan pelajarannya. Nasihat ibu dan ayah masih terpahat. Belajar rajin-rajin. Jangan malas.
"Ibu, akak dapat tawaran ke oversea~!"
"Ye?! Syukur, Alhamdulillah.." Tangan diraup ke muka mengucapkan syukur pada Yang Esa.
***
A-level di Malaysia selama 2 tahun sebelum fly.
"Akak, minggu depan akak cuti kan? Kata ibu si Anom, Anom balik. Akak?"
"Akak, minggu depan akak cuti kan? Kata ibu si Anom, Anom balik. Akak?"
"Ibu, akak tak balik.. Bukak-bukak cuti je terus exam. Banyak lagi tak baca ni."
***
Dua tahun kemudian,
Kesal rasanya. Ibu. Ibu. Ibu.. Biarpun dipanggil berulang kali. Namun, hampa. Yang pergi tidak akan kembali. Suasana dingin dan sepi di Sydney menyebabkan Hanis terimbau kenangan dulu. Sikap dia yang pentingkan diri.. Dia gagal. Gagal untuk menunaikan permintaan ibunya, biarpun diminta berkali-kali. Seminggu selepas ibunya menelefon, tiada pula khabar daripada ibunya. Kebiasaannya, ibu akan sentiasa menelefon.
"Assalamualaikum, ibu.."
"Hanis. Ni aku Anom. Kau tak balik ke? Mak kau.. mak.. kau. jatuh dalam bilik air tadi.. Sekarang kat hospital... Tenat."
Telefon bimbit terlepas dari genggamannya. Pantas Hanis berlari.. untuk pulang. Doanya, moga dia sempat untuk bertemu dengan ibunya.
6 jam perjalanan...
Kepulangannya disambut dengan kehibaan. Ibunya telah melepaskan nafas terakhir setibanya di hospital.
Ibu, maafkan akak..
No comments:
Post a Comment