Masa bulan ramadhan hari itu, aku dapat
panggilan telefon daripada mak..
Sakan bercerita dengan mak. Itu .
ini.
Tetiba,
“Mak, tak lama lagi raya. Lepas tu
dua minggu lagi adik dah nak pergi. Akak takut akak tak terima bukan apa. Takut nangis tak henti-henti..”
Air mata time tu, tak usah
citerla.. lencun baju den. Mak saya pon nangis sama..
Entahla, kata mak, kita kena
lepaskan dia, biarlah dia pergi sambung belajar. Nanti hantar dia, jangan tunjuk yang kita
lemah semangat, kite kena kuat.
Bukan, nanti dengan siapa nak share
citer, nak gaduh-gaduh.. nanti kitaorang dah jauh.. sangat jauh.
Sekarang dah masuk bulan syawal..
Entahla, air mata ni macam tak nak berhenti, orang lain sibuk beraya. Tapi aku, masuk dalam bilik nangis
sorang-sorang.. Aaa sedihnya…
Bila hari raya pertama, sengaja aku
ambil gambar banyak-banyak, dengan dia dan adik-adik aku yang lain. Di muka aku
ni, terpalit satu senyuman lebar, tapi dalam hati.. Tuhan yang tahu.
Aku tau dia pun nak buat banyak benda
dengan aku, macam-macam dia suruh aku buat.. main dia punya tab la.. berbual
dengan dia..
Ada masanya aku tolak, sebab aku
takut aku nangis. Tak macho la kalau aku
nangis depan dia..
Tetiba dapat berita ayah aku tak
boleh hantar dia kat airport, sebab ayah aku dah guna banyak cuti. Mak saya lagi la sedih.. Dahla anak sulung
ari tu pun mak ada hal yang perlu diuruskan, jadi tak dapat nak hantar
aku. Sekarang anak kedua nak pergi lagi
jauh dari aku, pon tak dapat nak hantar ke KLIA. Lagipun, tiket flight dia dari KB ke KLIA dah
terbeli..
Aku ingat aku akan pergi minggu
depan nak hantar dia,.. ke KLIA, nak tengok dia berlepas.. alih-alih, dia punya
masa flight ke sana pada pukul 10 malam hari Ahad. Hari Isnin, aku ada kuliah. Bukannya dekat KLIA dari tempat aku ni.. Jauh la jugak kan.. Lagila aku sedih.
Semalam, kat stesen bas… aku banyak
elakkan dari bertembung mata dengan dia, takut keluar air putih jernih. Dia genggam tangan aku erat sangat. Aku pun sama. Aku takut itu adalah kali
terakhir aku jumpa dia. Mak saya yang
melihat pun, saya nampak muka dia nak nangis.
Lagipun, time cuti raya mak cerita tentang ni.. asal citer je pasal ni, terus aku
nangis.. cengeng betul aku kan.. aku tak minta pun dia kuar, dia yang kuar. Aku
tak tahu kenapa.. Kadang-kadang mak suka
usik aku pasal benda ni, dia dah tahu aku akan nangis. Aish, mak pun pandai guna kelemahan aku ni..
Nasib baiklah semalam tak nangis
depan dia, mak.. kalau tak, malu aku.
Beberapa minit, bas gerak, barula aku nangis.. Pastu bunyi mesej masuk, mesej dia, adik aku..
“minta maaf banyak-banyak, kalau
selama ni ada buat salah.. sedih, sebab masa untuk orang(adik) bersama dia
(akula tuh) singkat je.. kalau boleh, dia datangla hantar orang kat KLIA
nanti.. Bila lagi nak bertemu.. untuk kali terakhir.. Banyak benda yang orang tak sempat nak buat dengan dia. maaf banyak-banyak.”
Warkah aku berhenti di sini sahaja…
Madahku yang terakhir..
Pergilah , tunaikan tanggungjawabmu
pada umi dan abah..
Jadilah contoh yang baik dan orang
berguna suatu hari nanti…
Gunalah peluang sebaik-baiknya…
Sob.. sob.. sob =,(
No comments:
Post a Comment