Kita sebagai manusia, sebelum bermulanya rentak dan mencorakkan diri kita sendiri. Diri ini perlu sentiasa dipenuhi ilmu.. Rohani perlu diberi pengisian supaya diri tidak mudah goyah bak lalang yang berliung pikuk ditiup angin. Atau mungkin lebih sesuai dengan perkataan ditarbiyah.
Seeloknya biarlah diri itu penuh dengan ilmu agar diri menjadi perkasa.
Sebelum bermulanya kita dalam sesuatu benda, terutamanya dalam berhalaqah perlu tajdid niat sebelum dan selepas. Ikhlaskan hati. Barulah hati itu Allah tolong lapangkan untuk kita menerima ilmu.
Surah Al Mujaadalah,
58:11
Wahai orang-orang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah boleh meninggikan darjat orang orang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
"Ana sendiri tidak pernah terfikir ana akan tadabbur al-Quran seperti ini," kata ukhti.
Kita memang tak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa harapan melainkan Dia. Kita yang memilih sama ada nak ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun, alangkah baiknya jika diberi peluang ditarbiyah pada usia yang muda. Teringin nak jadi seperti ukhti Shera yang banyak ilmunya, sedangkan kami sebaya. Segala pertuturan yang keluar seiring dengan dalil al-Quran. Allahuakbar.. Kagum sebentar. Terasa kerdil seketika, tapi dalam mencari ilmu tidak boleh malu.
Fell in love in Islam. More and more. Moga cinta ini kekal. Amin.
No comments:
Post a Comment