Bunyi bising kat luar kelas.
Geram dengan bunyi itu, dia bertindak keluar lalu membuka pintu itu dan pintu itu ditutup kembali.
Gerak mulutnya seperti menuturkan kata ini.
"Stupid."
Terperanjat kami. Pembelajaran disambung semula.
***
Aku sakan menulis nota. Namun, pura-pura sahaja sedangkan di tangan aku sibuk bermain gadget. Dia pula rancak menyampaikan syarahannya dan ceritanya.
Tiba-tiba, aku tersentak dengan apa yang keluar di mulutnya selepas itu,
"Let me tell you that those who are from 20, 21, 22, 23, 24 and 25 are all bullshit."
"Words utter from them are all bullshit including all of you."
"Don't ever think to make someone as your idol as he or she is stupid as you are."
Wow. Hm. Ayat dia. Berbisa. Panas. Hairan kenapa dia merendah-rendahkan orang muda masa kini. Tidakkah dia melihat atau tahu akan kejadian yang menimpa arwah Ammar yang syahid di bumi Turki, arwah Siti Hajar di mana dia pergi dengan mengingati Allah di saat kematiannya?
***
Kata bukan sekadar kata. Ia tersemat di dalam jiwa di setiap anak muda yang menunggu untuk membuka langkah secara halus dan diam.
Apakah pangkat yang ada masa kini mampu membeli saham akhirat sana?
Kalau begitu murahnya nilai sebuah syurga, namun begitu sayang sekali, Syurga itu tinggi nilainya. Bukan mampu dimiliki sewenang-wenangnya.
Watch your words.
Kami akan bangkit kelak dengan IzinNya.
No comments:
Post a Comment