Thursday, 16 January 2014

The Return


5 Ogos 203, ingatkan tak dapat hadir perjumpaan dengan kawan kawan lama bertempat di Besut, memandangkan masa tu belum lagi cuti dan masih lagi berpraktikal.  Tapi, aturan Allah tiada siapa yang tahu. Siapa tahu yang tetiba aku sampai di kampung halaman malam 4 Ogos sekaligus berbuka puasa terus bersama family. Hee

Kira-kira punya kira, takut juga nak bagitau Umi Abah pasal reunion tu.. Takut tak izin, usually when it come to this similar situation, mum and dad are reluctant to let me go. But I, hee... As usual, being stubborn, tapi masih lagi bertoleransi, makan masa jugak la nak expalain dan pujuk...  Alang alang esok dah harinya. Nanti, susah dah nak jumpa memandangkan kawan kawan aku kebanyakannya dari Terengganu.

Semua ni dirancang oleh Alia Nasa, Apik Chong dan Che Lat. Plan ni semua dah lama, tapi asyik tertangguh.  Alhamdulillah menjadi jua. Rancangannya, berbuka puasa di Bukit Keluang Beach Resort, bermalam di homestay, esok pergi ziarah maktab. Dan aku, time rasa malas nak drive.. Memang kalau boleh nak tumpang orang. Hee. Tetiba sampai mesej Mirah Ustazah, 

"Pergi tak? Jom p sekali.. Tapi pegi dengan classmate laki, takut jugak abah tak bagi.. Jom la teman."

"Berapa orang?"

"Ada Demy, Peja, Saya. Jomla Yan.."

Pucuk dicita ulam mendatang. Terus aku setuju. Kebetulan, mujurlah abah umi kenal Peja. Barulah ok sikit. hee. 

Sampai sana je, terus ke homestay, itu yang bestnya. Gegirl bertemu gegirl. Havoc giler. haha. Penat ketawa. Tapi agak sedih jugak, rakan sekelas pompuan  tak ramai yang datang. Yang ramai, rakan sekelas laki. Tapi yela, tak sama dengan pompuan. Lagipun, dulu lain, sekarang lain.

Usai berbuka puasa kat Bukit Keluang tu, Apik Chong menyampaikan sepatah dua kata. Wah, kami berbuka pun dalam keadaan yang meriah. Alhamdudillah. Tak silap, seramai 60 orang yang menyertai 'The Return' ni. Kawan kawan yang berpisah time form 3 pun ada. Tu yang best tu. hee Lepas tu, 

"Alia, malam ni gane?"

"Jom g tengok budok laki main futsal."

Aku time tu? Hah?.. Mirah Ustazah pun sama terkejut. Haha. Dah tau, apa yang bermain di fikiran. Budak laki main futsal macam mana *fikir fikirkanlah. Tapi kalau kena tinggal kat homestay scaryyyyyy.. Ikut jela. Tapi aku dan Mirah tak masuk pun, duk kat luar. Siap mintak kunci kete dengan Che Lat nak tumpang duduk. Haha. Banyak nyamuk wooo. Yang tak menahan, classmate aku, popular dengan gelaran Messi tak turut sama main futsal. Nampak sedikit janggut ciput disimpannya. Wah, kawan aku. Suka aku tengok perubahan itu.

"Bakpo tak main, Messi?"

"Zaman aku habih doh nek." sambil senyum simpul. haha

Borak punya borak.

"Aku nak g makan mamak ni nek dengan Apik Chong, nak kirim? nak ikut tak leh doh."

"Haha, xpela messi sep mg p la makan. Sep aku duk sini je. Tunggu Alia bawak balik."

Sampai je homestay, Apik Chong tepom, diorang ada bungkuskan roti canai dengan air Tea O beng. Terbaikk. haha. Messi belanja katanya. Terima kasih, rezeki jangan ditolak. 

Esok, pergi maktab. Hee. Best dapat jumpa cikgu cikgu. Yang tak menahan, junior junior ingat lagi aku... Terharu aku. Dulu aku urus bahagian bas dan sick bay. Diorang ada ajak stay sampai watikah pelantikan. Tapi, aku menolaknya dengan cara baik, memandangkan umi menunggu di rumah. 

Aku dan Mirah bertolak pulang pada pukul 2 petang. Selamat sampai dan selamat makan. hee Perut kenyang suka hati~

*Lama kan baru nak update. Haha

The End. Thanks everyone. =)



No comments:

Post a Comment