tap.. tap.. tap..
Kerjayaku sebagai penulis memang memerlukan tanganku untuk bergerak pantas.. pernah terdetik di hatiku untuk berhenti, namun minat mengatasi segala-galanya..
"nanti besar Man nak jadi apa?"
"nak jadi orang yang tulis-tulis, cikgu!"
tidak ku lupa bagaimana rakan-rakanku mengejekku.. katanya aku dilihat seolah-olah seperti perempuan..
who are you to say that?? hm.. to be a writer, i read a lot.. because there are no boundary in reading or writing.. just state what you had in your mind. Itulah yang membuatkan aku jatuh cinta dalam penulisan ini..
pada mulanya, aku malu untuk menunjukkan hasil nukilanku untuk tatapan umum..
"perasaan malu itu harus ada dalam setiap diri manusia, namun biarlah ianya bertempat.. hindarilah perasaan malu itu sekiranya untuk ianya untuk kemajuan diri "..
di saat aku membaca nukilan inilah , aku tekad untuk menonjolkan hasil aku..
dan Alhamdudillah.. ianya mendapat sambutan. .. syukur ke hadrat Illahi..
dan.. disebabkan pengalaman yang ditimba di dalam penulisan inilah, aku bertemu dengan bidadari yang telah melengkapkan diri aku sebagai Adam..
"wanita itu ibarat permata ... peliharalah ia dengan sebaik-baiknya"
"wahai hawa, janganlah kau titiskan mutiaramu walaupun sebutir yang mengalir di pipimu, kerna aku pasti akan tertewas.."
"hawa, fahamkah dikau akan perasaan ku ini.. bagilah aku petunjuk agar aku tidak dihanyutkan oleh perasaan ini.. kerana aku khuatir perasaan ini akan melebihi cintaku Kepada Allah S.W.T dan memudaratkan diriku.. dan aku tidak mahu dibuai perasaan ini, kerna aku takut untuk kehilangan Allah S.W.T....."
Dan Alhamdudillah.. baik-bait kata inilah telah mengikat sebuah perhubungan yang suci dan halal di sisi agama di antara aku dan dia.. dan aku juga tidak membuang masa apabila aku melihat dirinya memberi hint, terus aku melamarnya dan menikahinya..
"Papa, tak tidur lagi ke??? papa, boleh tak papa bacakan ana story book? ana da tak boleh tidur..."
aku melihat anakku sedang menggeyeh matanya. gatal barangkali...
"boleh, sayang.. jom.."..
ku pimpin tangan anakku ke kamarnya.. dan alhamdudillah.. aku dikurniakan seorang puteri yang petah berkata-kata dan seorang putera, namun putera itu masih lagi kecil.. jadi tujuan aku berjaga malam ini pun adalah untuk menjaga putera kecilku dan khuatir isteriku yang sedang berpantang itu memerlukan apa-apa.. jadi, aku fikir.. mungkin aku patut mengarang supaya aku boleh berjaga malam demi mereka..
semoga kita dapat bertemu di Jannah nanti.. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment