Friday, 22 June 2012

Medic

Saturday, July 23, 2012

Assalamualaikum pembuka bicara... biLa buka cerita medic, ianya menjadi satu karier yang disukai semua orang.. saya pun macam tu jugalah.. berminat dengan medic.


Sejak saya dari kecil sampai la dewasa, bila orang tanya nanti besar nak jadi apa.. 

"doktor!"

"kenapa?"

"nak tolong orang, nak bagi ubat free kat abah dan umi."

Aku dulu anak kecil yang girang dan petah berkata-kata.  Tapi aku begitu obses dengan kerjaya ini.  Namun, tuah tidak menyebelahi aku.  Keputusan aku tidak melayakkan aku untuk berjuang di dalam kos ini.  Bukan keputusan aku teruk, tapi biasa-biasa sahaja.  Malah, subjek yang paling penting di dalam bidang perubatan ini, aku hanya mendapat kredit sahaja... Argh.. kecewanya aku pada ketika itu..

Apabila, permohonan untuk mengisi UPU dibuka, aku hanya terfikir untuk mengisi bidang perubatan sahaja. Namun, aku tidaklah secetek itu, jika aku berbuat demikian, mungkin aku kini masih lagi di rumah, menolong ibuku memasak atau mungkin sudah berkahwin agaknya... "who knows.. :) "

Aku masih ingat lagi ketika aku mengisi permohonan itu, ayahku berkata,

"tak payah nak berangan nak ambil bidang medic, result yang kita dapat tu pun dah membuktikan kita sama ada kita layak ataupun tidak.."

Perit sekali ayat itu kedengaran di telingaku.  Namun, aku akui.. ada benarnya kata-kata ayahku itu.  Mungkin aku tidak layak untuk bidang itu..  Mungkin Tuhan telah aturkan rezeki aku di tempat lain.

Jadi, di dalam permohonan itu, aku ingin meletakkan bidang perundangan sebagai pilihan pertama, tapi, apabila disemak semula oleh ibu saudaraku, dia tidak bersetuju.  Katanya, aku lebih berbakat dalam bidang bahasa inggeris.  Pada waktu itu, aku pula anak sulung, jadi tiada siapa yang mahu memimpinku untuk membuat keputusan.. melainkan ibu saudaraku itu.  Jadi, aku tukar dan bahasa inggeris menjadi pilihan utama.. namun apa yang aku berat hati ialah.. UPSI.. 

Aku tidak ingin menjadi seorang cikgu, walhal ia adalah satu pekerjaan yang murni .. tapi entahlah.. seperti yang diketahui. UPSI juga dikenali sebagai universiti yang melahirkan ramai pendidik yang berwawasan.. Dan aku tidak ingin itu, aku tidak ingin dilabel sebagai cikgu.. walaupun jurusan diploma ini, hm.. orang kata open market..  namun, bila melihat ibu sedara aku yang bersungguh-sungguh, aku pejam mata dan terima.
Malah, aku juga telah membuat solat istikharah kerna sama ada ingin ke matrik atau UPSI apabila keputusan UPU keluar.  Bayangan yang aku dapat ialah.. gambaran aku di UPSI.. Jadi, aku pasrah dan redha di atas ketentuan-Nya.

Namun, aku masih lagi mengharapkan bidang perubatan itu.. mungkin ibu dan ayahku ingin menyediakan biasiswa PaMa (Papa dan Mama) untuk aku.  namun itu  hanyalah angan-angan mat jenin aku sahaja.  Sedih apabila aku melihat kawan-kawanku yang berlepas ke sana untuk mengejar gelaran doktor itu dengan biayaan sendiri.  trbit rasa iri hati, namun cepat-cepat aku hapuskan perasaan itu..

Setahun kemudian, sementelah keputusan SPM adikku keluar, Alhamdudillah .. keputusannya memuaskan dan lebih kurang aku sahaja.. namun, yang aku bermandikan air mata ialah.. ada insan yang bermurah hati want to support him if he continues his studies in medic..  adikku itu amat beruntung.  Bulan sembilan ini, jika ada rezeki dia akan pergi ke universiti pilihannya, Universiti Al-Azhar di Makkah.. 

Tiada siapa tahu, di sebalik topeng mukaku yang gembira ini, terpalit satu luka.. satu lagi topeng yang sedih dan tidak boleh ditunjukkan sewenang-wenangnya kepada orang lain..  Khuatir, nanti aku dikatakan tidak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan berhasad dengki dengan adikku sendiri, jika aku sahaja yang bermuram durjana, jadi aku diamkan diri sahaja.

Mungkin jarak umur kami yang rapat, adikku dapat mengesan perubahan diriku ini.. aku hanya mampu menjawab pertanyaannya dengan linangan air mata yang mencurah tidak henti-henti..

"Ngoh, kakak harap abe ngoh akan teruskan cita-cita kakak yang tidak kesampaian itu.... kakak akan terus menyokong abe ngoh dan berdoa..."

Ketika aku cuti sem baru-baru ni..

Rupa-rupanya, ibuku telah menyimpan duitnya secara diam-diam kerna dia tahu cita-citaku untuk menjadi doktor terlalu tinggi .. jadi dia menyimpan duitnya untuk menghantar aku ke Mesir juga apabila aku mendapat keputusan SPM nanti.  namun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.. Kebetulan, rumahku yang masih dalam pembinaan mengalami kekangan wang dan memerlukan wang dengan kadar segera.  Nak tak nak, ibuku perlu memberikan wang itu kepada ayahku.. Mungkin.. Aku tidak sesuai di dalam bidang itu barangkali.

Kemudian, setelah apa yang terjadi padaku.. ibuku kini menyandarkan harapan kepada adik ketiga ku untuk menjadi seorang doktor, kerna di antara adik beradik, dialah yang paling pintar.  Kata ibuku.

"kak cik, nanti tahun depan kak cik SPM, jadi buat betul-betul tau.. kalau tak nak jadi macam kakak, keputusan SPM tu biar cantik ..barula senang kita nak mohon biasiswa.. abe ngoh pulak ada orang yang tanggung.. kalau boleh biar ada anak ibu yang jadi doktor tapi dengan biasiswa.."

Ibu.. tahukah kata-katamu itu mengguris hatiku.. ku tahan air mata dari mengalir di pipiku.. Aku tahu ibu tidak bermaksud demikian, ibu hanya ingin menjadikan aku sebagai contoh agar adik-adikku bersemangat tinggi dalam belajar.  Lalu aku bangkit dari kerusi di meja makan itu, dan berlalu ke bilik..

Abe ngoh perasan akan itu, lalu mengekoriku dan berkata.. 

"kak, sabarlah.."

"macam mana kakak nak sabar kalau macam ni.. ibu asyik sebut tentang medic.. kakak terasa.. itukan cita-cita kakak.. kakak tau ibu tak bermaksud.. tapi tolongla faham perasaan kakak.."

Mungkin aku sudah hilang kawalan agaknya,,,,

Malam itu, aku solat sunat dan mohon diperkuatkan hati ini oleh Allah S.W.T.. 




Dan kini aku sedar walaupun kini aku memilih jalan yang berbeza dari cita-citaku.. aku tidak boleh melupakan tanggungjawabku sebagai seorang anak yang ingin berjaya di mata kedua ibu bapaku dan sebagai anak sulung yang ingin menjadi contoh di mata adik-adiknya..  Aku harus berjaya dalam bidang yang telah aku pilih ini biarpun ia bukanlah minatku...  Mungkin ini adalah salah satu jalan yang Allah S.W.T tunjukkan kepadaku yang masih tercari-cari apakah kesudahan cita-citaku ini dalam mengenali diriku yang sebenar dan bakat yang ada padaku sebenarnya..

May Allah bless me myself  and all of my family.. 

No comments:

Post a Comment