Wednesday, 15 February 2012

Pena II

"kring, kring",...

ah.... memekak je jam loceng ni...... aku hanya mampu untuk membuka sebelah mAta sahaja, kemudian pandangan aku terus kaku pada jam yang tadinya kuyu dan layu kini membulat secara tiba-tiba..

"ah.. sudah.. ini memang betol2 lambat da ni, ni gara-gara lia semalam la ni... x pasal-pasal aku tak leh tido lena.. yelah, asyik nangis je.. "

tanpa membuang masa aq bingkas bangun, dan bersiap ala kadar. maklumla nak cepat.  namun, apabila melihat  wajahku di cermin, aku buntu seketika.. mataku.. terlalu bengkak... adoi.. perempuan.. menangis aje..
tapi aq bersyukur kerana menjadi seorang perempuan kerana perempuan adalah ciptaan Allah yang sempurna.. Malah, perempuan jugalah yang menjadi tulang belakang kepada seorang yang bernama lelaki.

Lalu, aq kenakan cermin mata hitam pada wajahku.. dan membetulkan sedikit tudungku yang sedikit senget apabila dikenakan cermin mata hitam tadi..

apabila turun sahaja dari tangga, aq melihat ada sepinggan nasi goreng yang telah terhidang di atas meja.. 
"hm.. bau .. cam best je ni.."
kemudian, aq lihat ada nota kecil di tepinya, lia.... minta maaf.. dan nasi goreng ini adalah hadiah daripadanya..
"adoi lia ni... ade2 je.. " .. aq tersenyum kecil..
namun, aku hanya makan nasi itu satu sudu sahaja.... adoi... sayangnyer tak habiskan.. xpe nanti aq balik aq panaskan....

semasa aq memandu kereta ku keluar dari garaj... "BOOM''... alamak ape aq da langgar ni??...
tanpa membuang masa aq keluar dari kereta dan melihat apa yang berlaku..

"adoi.. apa ni cik.. kot ye pon nak undur, toleh-toleh la ke belakang, ini main serbu je..."

Aku melihat pemuda itu mengerang kesakitan.. raut wajah pemuda itu, aq tidak dapat melihat dengan jelas kerana dia sedang memakai topi keledar.. aq meminta maaf dan mengalihkan motosikal "kapcai"nya yang terhempap di atasnya.... malah, aq juga menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke klinik namun dia menolak, katanya dia masih lagi boleh berjalan... aku hanya tinggalkan dia wang ringgit sebanyak rm200 namun itupun dia menolak.. akhirnya, aku meminta diri kerana sudah terlewat.. kesudahannya, aq melihat dia sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon.  " mungkin mengkhabarkan keadaan dirinya kepada ahli keluarganya." bisik hatiku.

tiba sahaja di pejabat, aq tercungap-cungap keletihan.. maklum la.. aq berlari dari tempat parking kereta hingga ke pejabat ni...

"mana bos? x nampak pon.." tanya aq kepada wani, setiausaha bos aq.. dan aq juga hairan melihat rakan sekerja yang sedang berborak-borak.. amboi.. suka hati je...

"owh.. bos... hah, tadi dia da datang da, pastu dia tanya kau, kemudian ade orang call dia.. dia terus keluar , jalan laju giler... katanya adik dia accident.."

"patutla......." itu sahaja jawapan aq.... zapp.... tetiba sesuatu terlintas di fikiran aq... adik? accident?.. haish xkan la kot.. xkan orang yang sama..... impossible la.... .. aq cuba untuk menenangkan hati aq..
wa.... nampaknya hari memang bernasib baik.. datang lewat bos lak xde... hihiiihihi..untungla... kalau tak , free2 je aq kena marah..


No comments:

Post a Comment