Dari Abu Hurairah r.a
berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Muslim yang satu adalah bersaudara
dengan muslim yang lain, oleh kerana itu, dia tidak boleh mengkhianati,
mendustakan dan membiarkannya.
Setiap muslim yang satu
terhadap muslim yang lain haram mengganggu kehormatannya, hartanya dan
darahnya, takwa itu ada di sini (Baginda menunjukkan dadanya) seseorang itu
cukup jahat jika dia menghina saudaranya sesama muslim"
Riwayat Tirmizi
Aku jumpe ni.
Tertarik dan menarik.
Tapi, perkara macam ni kita selalu buat.
Sama ada secara kita sedar ataupun tidak.
Kadang - kadang benda tu kecil je..
Tapi sengaja gempar gempurkan.
Mengakibatkan perasaan marah.
Dan syaitan bersorak kegembiraan.
Aku pernah rasa macam tu.
Tipulah kalau anda anda semua menidakkan.
We are not that perfect.
Tapi.. Penyelesaiannya satu..
Kadang - kadang, kalau rasa geram sangat,
Aku berwuduk, lalu mengambil tikar sejadah usang lalu bersujud pada-Nya.
Langsaikan semua rasa di situ.
Tangisan dan Amarah menjadi satu.
Selepas itu tenang.
Dan rasa rendah diri yang teramat sangat.
Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat yang Kau kurniakan, Ya Allah. ^___^
No comments:
Post a Comment