Wednesday, 20 February 2013

Ikhlas



Bukan kekayaan yang ku cari,

Bukan kemahsyuran yang aku nak,

Bukan kecantikan yang aku tengok,

Bukan sekadar ayat yang manis di bibir sahaja yang aku nak dengar,

Bukan itu, bukan ini..

Yang aku inginkan hanyalah sebuah persahabatan yang ikhlas daripada seorang sahabat.

Yang inginkan aku berada di jalan yang benar di sisi Allah s.w.t.

Question :

Ikhlaskah awak menjadi sahabat saya?


***

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak."

~ Riwayat Abu Daud


Tinta daripada penulis;

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku semua.  Sama ada yang ingin melihat aku berjaya di dunia mahupun di akhirat.  Terima kasih juga kerana sudi menerima kekurangan diri ini.  Sekiranya aku pernah melukakan hati kalian, sama ada secara sedar ataupun tidak.. maafkanlah aku.  Sapalah dan tegurlah aku jika kita berselisih ataupun bertemu secara sengaja ataupun tidak.  Semoga kita dapat meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Insya-Allah. Amin.

Better late than never. 






2 comments:

  1. touching.. :'(
    in sya allah aku ikhlas saen nge mu..:)

    ReplyDelete
  2. Ala.. Nur.. Haa. Relax sudahh. No hard feeling k. Hi. Terima kasih.. (",)

    ReplyDelete