Wednesday, 20 June 2012

Kisah adik saya..






Gambar hiasan yep.
xde maknenyer kalo muka dia macam ni
:P



Assalamualaikum semua.. ihih..

         Hm.. sebenarnya ini kali pertama untuk saya bercerita mengenai orang yang berada di sekeliling saya or in the other words, i want to tell my personal story to others.  takut jugak kan.. actually my brother wants me to write about his story in my blog.. so,why not..s0, here i am, writing his story ( i wish to tease him badly..kikiki.. )..

saya dan adik saya agak rapat .. memandangkan umur kami pula tidak terlalu jauh.. beza umur di antara kami hanya 10 bulan barangkali.. bayangkan jika saya lahir bulan 1, tentu adik saya lahir bulan 11 kan.. we are twins!!  ha, adik saya tu lelaki.. hensem lagi.. (kononya.. ) (=__='') ----> dia yang selalu cakap macam tu.. 



Dulu kan semasa sekolah tadika, bila saya dah berumur 6 tahun cikgu tanya.. "yan, awak sepatutnya duduk kat kelas 6 tahun, bukan berada di kelas 5 tahun.."
saya geleng.. saya cakap tak nak.. nak duduk jugak dengan adik saya.. cewah, protective la orang katakan.. muka cikgu masa tu , memang bengang gier r.. dah.. tak nak dengar cakap dia..
tapi lama-lama tu saya sedar, takkan nak duduk dengan dia je.. jadi saya pindah la...
Esoknya, adik saya datang kat saya pastu, dia cakap ada orang buli.. saya apa lagi.. .. (seperti gambar di tepi..) sapa suruh kacau adik saya.. padan muka!  (^___^)..

Bila pergi sekolah rendah pun keadaan sama yang berlaku.. adik saya still being bullied by others.  Kesian dia.. Saya yang akan cari budak tu, ketuk meja dia dan siap tarik kolar baju tau.. fuh.. punyer la gengster kan,


Saya ada tanya dia, kenapa la dia tak lawan balik.. dia cakap .. selama ni saya je yang lindungi dia.. jadi, dia dah tak tau nak lindungi diri sendiri.. sebab bila ada orang kacau dia, akan ada saya untuk lindungi dia balik... Pastu, dia cakap saya yang ajar dia macam tu, sampai tak boleh nak defend diri sendiri.. (masa tu kan.. serius, saya memang terharu giler.. habis cover depan adik tak nak kasi air mata keluar.. malu... (>__<')




selepas itu, i had to leave.. i went to boarding school at besut, terengganu.. and time tu, saya tinggal kat kuala lumpur tapi kini tidak lagi.  sedih bila berpisah jauh dan saya fikir, macam mana la dia tanpa saya nanti.. macam mana kalau ada yang kacau dan buli dia lagi?? jadi saya serahkan semuanya kepada Allah S.W.T.

kemudian, tak lama kemudian, adik saya pun ke sekolah asrama tapi sekolah agama beza dengan saya.. mula-mula, dia dekat asrama, serius.. homesick mengalahkan perempuan..  tiap-tiap kali mak datang melawat.. mesti berlari kat belakang ikut je bontot kereta tu bila mak nak balik.. bayangkanlah!! lelaki tu!!.. memang betul.. banyak dugaan untuk membesarkan dia....


Tapikan.. tak siapa sangka.. adik saya yang dugaannya.. alahai.. x payah cakapla.. kini seorang remaja yang penuh ilmu di dada.. dan beragama.. malah, dia juga banyak menegur dan memberi nasihat kepada saya dalam hampir semua hal dan masalah.. dulu.. masa saya 15 tahun.. keluar, pakai lengan pendek.. bayangkan.. dia jalan dengan saya, dia yang tolong tutupkan aurat yang terdedah itu dengan badannya apabila melihat ajnabi-ajnabi yang berjalan di hadapan saya.. terus saya tutup aurat lengan selepas itu..



Bila saya meningkat remaja.. saya sedar, betapa kerdilnya saya di hadapan adik saya... bila fikir balik, dulu saya lindungi dia.. tapi kini.. dia pula yang lindungi saya.. malah dia jugalah yang banyak memperingati saya tentang agama dan aurat..  kalau boleh saya nak jadi macam dia, hafal al-Quran, memperbetulkan tajwid saya bila saya mengaji.. (kagum.. bila saya baca al-Quran, dia duduk depan saya dan perbetulkan saya baca tanpa melihat al-Quran.. )  saya malu untuk akuinya.. abe ngoh.. hihi kakak sayang awak.. ihhi.. terima kasih atas segala peringatan yang awak berikan pada saya.. adik saya tu rajin tau.  nasihat yang dia bagi pon best tau.. berbaloi kalau kita ikut.. jadi kepada sesiapa yang berminat dengan adik saya.. boleh la iye,, hubungi saya di nombor ni.. hihi.. 013-*******..

Saya amat berharap biarlah dirinya kini kekal untuk selama-lamanya..

sekian , dari saya... terima kasih... (abe ngoh, harap berpuas hati la iye.. ihih)


                


2 comments:

  1. Terharunya apabila membaca entry kali ni. Walaupun struktur ayat yang diguna agak caca merba, tapi keikhlasan dalam penulisan sedikit banyak menutupi dan memberi gambaran kepada pembaca betapa beruntungnya sipenulis mendapat adik yang begitu tulus hatinya. Kisah ringkas, tapi betapa besar nilainya. Pengorbanan kakak kepada adik yang kemudiannya bertukar pula kepada sesuatu yang lebih menakjubkan sehingga terasa meremang bulum roma.

    Dan apa yang Yan cerita sudah termaktub atau sudah pun diketahui. Kata orang tu bila dah depan mata, semua yang ditulis bukan lagi pembohongan tetapi fakta yang jelas bukan dibuat-buat. Syukur mendapat adik yang begitu. Sungguh terharu. :)

    ReplyDelete
  2. zaki... sori.. yan baru baca komen zaki.. :)..terima kasih tau zaki.. :)
    wa.. ayat tunggang langgang ke? hm.. kena improve ni.. thanks..

    ReplyDelete