Tujuannya nak ke PWTC.. sebuah karnival keusahawanan dan kerjaya was held there.. jadi, pusing punya pusing, until we get bored and finally, we were extremely hungry.. Jadi, adik saya tunjuk jalan pergi mall depan PWTC tu.. Ok..Alhamdudillah.. Kenyang..
Ha, lagi.. :P. Sebelum itu, kawan saya punya kawan ada juga join.. lelaki.. very friendly.. dia tanya..
"Korang ada nak pergi mana - mana tak lagi?"
"Entah, suka hati r. Ko nak bawa kitaorang p jalan-jalan ok gak."
"hm.. ok.. korang nak pergi shopping ke? window shopping ke? ke nak jalan-jalan? ataupun korang nak pergi kat tempat yang dengar-dengar muzik dan enjoy gitu?"
Kitaorang macam tergamam.. Kawan saya yang sorang lagi terus potong dia cakap..
"tak, tak.. kitaorang tak pergi tempat macam tu.."... aku.. Gulp.. telan air liur dalam-dalam.. ada ke patut..
Then, adik saya berbual dan tanya dia..
"Selalunya masuk hostel pukul berapa?"
"em, pukul 3 pagi.."
Adik saya macam pelik..
"Asal lak pukul 3 pagi??"
"Dah, habis clubbing pukul 3 pagi.."
Saya dah macam.. haish.. mamat ni.. dasyat nya.. fuhh....
Tetiba terfikir.. ingatkan dalam novel je ada clubbing, (memang la ada orang pergi.. tapi kita kan tak pernah alami benda-benda tu..).. rupa-rupanya, di dunia sebenarnya ada banyak benda yang berlaku... dan banyak yang saya tak tahu tentang dunia ni sebenarnya..
Pastu, dia bawa kami semua pergi Bukit Bintang.. Rupa-rupanya pergi Pavilion. Serius.. saya tak pernah jejakkan kaki saya di sana. Bila sampai je, saya rasa macam terus nak balik. Takut bila melihat anak - anak muda, melepak sana sini dengan pakaian tak berapa cukup, dan berpusu-pusu ramainya mereka berjalan tanpa menghiraukan lampu isyarat pejalan kaki yang berwarna merah.. (maklumla kain sekarang makin mahal,, lagi koyak, lagi mahal.. itu hipotesis saya, tapi memang betul pun kan.).. Tapi nak buat macam mana, nak jaga hati dia, kami ikutkan saja. Alih-alih, kami pergi ke Pavilion untuk solat sahaja.. Hhi.. Tapikan serius cantik surau dia.
Bila ingat balik Pavilion, aargghh takutnya.. bukan takut dengan harga barang kalau baju pasar malam rm25, tapi kat sana beribu-ribu.. tapi saya takut dengan perlakuan mereka .. Entahla.. Nak bagi nasihat, diri ini bukanlah baik sangat tapi sekadar sedara seislam.. berubahlah dik.. takut akak nengok.. Tuhan tengok lagi la dik.. akak tak tau nak cakap apa.. (wa.. bahasakan diri akak tu, macam da tua sangat ..hii)
Kami berpisah dengan dia di Low Yat.. jadi, kami pusing di situ sekejap.. dan jalan kaki hingga ke Pudu.. (jimat punya pasal.. ^^_ ) tapi amat penat r.. c0p!! semasa kami nak pergi ke Bukit Bintang tu, kami salah naik train, jadi terpaksa la berpatah balik. (nak sambung balik ni.. :P ) Jadinya, kami kembali ke PWTC dan solat di sana dan naik KTM kat sana.
Zoom.. train sampai.. Laju je kami naik tau.
Perhentian pertama.. Batu apa entah..
Perhentian Kedua.. Batu lagi.
Aik??! Macam lain macam je ni.. Adik saya la yang cakap, saya tau naik dan duduk je.. hih
Kawan saya tetiba jerit..
"Eh , kita dah salah train ni. ini train ke Batu Cave, kita kan patutnya Rawang.."
"Patutla rasa pelik, patutnya kita melalui kawasan kekampungan, bukannya ada bandar-bandar ni,," kata adik saya.
Zoom.. laju kita orang turun, iyala.. time tu pukul 8.40malam.. train last ke rawang kul 9 lebih gitu.. kelam kabut kami tau.. Nak naik bas pon.. bas yang terakhir pon pukul 9 gak.. Nasib baikla, kami sempat berpatah balik dan train ke rawang pon sampai beberapa minit ketika setelah kami sampai.. Memang nasib baik dan nasib baik sempat.. Syukur.. Alhamdudillah. :)
Dalam train.. semua tidur.. penat sangat.. kecuali saya dan 2 orang kawan.. seronok beno tengok kawan saya yang dua orang tu snap, amik gambar orang yang tengah tidur tu.. hih.. alhamdudillah.. kami berjaya sampai di tg malim pukul 23;00.. hm..dalam lingkungan tu r.. Nasib baikla, kawan saya offer adik saya bermalam kat sini dan esok dia akan hantar dia ke kkb .. Terima kasih pada semua yang terlibat.. Pengalaman yang tidak sia-sia.. dan best.. ha.. untuk ke Pavilion untuk kali kedua akan mengambil masa yang lama untuk saya berfikir tentangnya.. Cukuplah.. (=_='').. thanks again.. Sekian!
menarik yan!!..terbaik lah..
ReplyDeletehihih.. tq boss.. akhirnyer ada orang komen.. hhi.. yeyyy!!
ReplyDelete