assalamualaikum,.. pembuka bicara.. argh.. sudah lama aku tidak mencoretkan kata-kata di ruangan ini... tangan ini tidak lagi betah dan lincah bergerak di atas papan kekunci ini... malah .. aq juga sudah ketandusan idea untuk mengarang....
di dunia ini.. terdapat pelbagai ragam manusia....
dan akhir-akhir ini .. banyak perkara di sekeliling aku yang terjadi dan boleh dijadikan iktibar....
semasa di dunia ini .. perbaikilah amalan kamu.. walaupun, diri ini serba kekurangan .. namun aku dapat merasakan aku mempunyai hak sebagai saudara seislam untuk saling nasihat menasihati di antara satu sama lain..
apabila, kita merancang untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.. perbaikilah diri kamu.. usahlah kamu saling syak wasangka di antara satu sama lain. subhanallah, aku dapat melihat seseorang mengalami pelbagai kesusahan sebelum dia tiba di mekah....
ketika ingin melangkah ke airport aku dikejutkan dengan khabar berita yang dia tidak dapat mengikuti rombongan jemaah ke Mekah.. katanya.. ada perkara yang tidakdapat dielakkan pada buku merahnya.. sehingga dia terpaksa menunda tarikh penerbangannya ke sana... kemudian, apabila tibanya dia ke sana.. pelbagai kesusahan yang dialami nya... terutamanya ketika dia di lapangan terbang Jeddah,,, dan sebangainya.. kesusahan yang dialami beliau berlanjutan sehinggalah beliau hampir pulang ke Malaysia....
dan di sini ,, aku tahu... sekiranya ada musibah yang melanda diri ini.. sudah tentu semua ini berpunca dari sikap kita sendiri.... kuatkah ibadah kita kepada Allah S.W.T??
Adakah cukup amalan seharian kita seharian??
Baikkah kita atau molekkah perangai kita dengan saudara mara dan saudara seislam???
jadi .. sekian sahajalah coretan ku pada hari ini.... aku bukanlah seorang ustazah mahupun seseorang yang indah amalannya... tetapi.. aku adalah aku,, yang ingin berusaha untuk memperindahkan amalan aku dan memperbaiki apa yang patut... InsyaAllah.. semoga kalian juga mendoakan diri ini kearah hidup yang lebih sempurna... Amin.... (^__^)
insyaAllah amalan kita akan makin kuat andai kita pun rajin b'usaha perbaiki and p'cantikkan peribadi kita.. xsalah nasihatkan org lain yan sbb xlangsung jgk, kita nshatkan diri kita sendiri..
ReplyDelete